ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin terus mendahului Nazri Ahmad dari PAS dengan majoriti 7, 284 setakat pukul 10 malam Selasa.
Mengikut keputusan rasmi 100 peti undi diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Hasan memperoleh 19, 212 undi manakala Nazri 11,928 undi.
Seramai 52,744 pemilih atau 73 peratus telah keluar mengundi selepas semua 38 pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ditutup pada pukul 5 petang Selasa.
Ia menyaksikan penurunan sebanyak 12.9 peratus.Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, peratus keluar mengundi di Parlimen Rompin adalah 85.9 peratus daripada 53,596 pengundi berdaftar.
Keputusan rasmi PRK Rompin hanya akan diketahui seawal pukul 11 malam Selasa.
PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter terhempas pada 4 April lalu.