Hujan lebat serta ribut petir telah melanda kawasan Shah Alam kira-kira jam 3.00 petang. Turut menerima kesan daripada ribut tersebut adalah UITM Shah Alam dan boleh dikatakan ianya kawasan yang paling teruk menerima tempias ribut berkenaan.
Dilaporkan, khemah jualan sempena majlis Konvokesyen UITM musnah dan diterbangkan angin ribut yang kencang.
Beberapa buah kenderaan juga turut ranap dihempap pokok yang tumbang akibat ribut berkenaan.