Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, malam ini.
Perdana Menteri tiba di Hotel Puteri Pacific pada 8.40 malam.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dua anggota Majlis Tertinggi iaitu Datuk Aziz Kaprawi dan Datuk Razali Ibrahim.
Terlebih dahulu, Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiba di sini bersama beberapa exco kerajaan negeri.
Perjumpaan lebih dua jam itu, turut melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO Johor dan dihadiri kira-kira 50 anggota UMNO.