Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Khamis ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Selasa malam.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).