Mesyuarat Kabinet berjalan lancar Pentadbiran negara berjalan seperti biasa.
Itulah usikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Twitternya.
Ia ditweet selepas beliau menghadiri mesyuarat jemaah menteri, di Putrajaya, Rabu.
Sebelum itu beliau turut menerbitkan satu lagi kenyataan di twitter miliknya, berbunyi jangan biarkan imaginasi anda bertindak liar.
Twitternya turut mengepilkan sekeping gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berucap.
Tambahnya lagi dalam tweetnya, para wartawan hanya mengikuti program Felo Perdana, tidak ada apa-apa pengumuman yang mengejutkan.
Twit beliau itu turut diulang terbit oleh pengikutnya di laman sosial itu.
Berita itu tentunya mengecewakan sesetengah pihak yang mengharapkan berita tergempar dilaporkan ditwitternya berhubung perkembangan politik tanah air.
Cabinet meeting went well. The business of running the country goes on.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) July 8, 2015
Don't let ur imagination run wild. The reporters are for Perdana Fellow program, not for some shocking announcement. pic.twitter.com/kf7OLVx6WD
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) July 8, 2015