Masih ingatkah kita lagi bila mana Anwar Ibrahim menyanyi di pentas, “Sabah dah HILANG” ketika hampir tragedi pencerobohan Lahad Datu? Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan?
https://www.youtube.com/watch?v=iPcwAsKdgyg
Masih ingatkah kita dengan tragedi pencerobohan Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu? Masih ingatkah kita dengan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan Sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘Sultan’ Ismail Kiram II?
Di dalam gambar berkenaan adalah ‘Puteri’ Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama sewaktu ‘mendiang’ Jamalul Kiram menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair.
Dengan siapa pula Jacel Kiram bergambar berlatarbelakang pokok krismas? Tidak lain dan tidak bukan adalah puteri sulung Ketum Anwar Ibrahim, Nurul Izzah. Nampak gayanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama iaitu berkempen memperjuangkan pembebasan tahanan liwat Anwar Ibrahim.
Kebetulan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Masih ingatkah kita lagi bila mana Anwar Ibrahim menyanyi di pentas, “Sabah dah HILANG!” ketika hampir tragedi pencerobohan Lahad Datu? Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan?