Kenyataan Akhbar untuk sebaran segera oleh blogger yang tidak mahu dikenali:
17 November 2016
Ahli parlimen pembangkang dihukum kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi bukan untuk menyampaikan maklumat
1. Ahli Parlimen, Rafizi Ramli telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi dengan mengedarkan kepada umum bahan daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
2. Penggantungan pelaksanaan telah diberikan sementara menunggu proses rayuan Rafizi dan beliau masih bebas untuk melaksanakan tugasnya.
3. Sebelum kesalahan yang dilakukan oleh Rafizi, lima anggota Parlimen daripada pembangkang persekutuan kita, yang merupakan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), mempunyai akses penuh kepada dokumen ini.
4. Dokumen ini adalah salah satu daripada beberapa sumber maklumat yang digunakan untuk menghasilkan laporan akhir PAC yang akhirnya disebarkan kepada orang ramai pada bulan April tahun ini
5. Apa yang Rafizi dedahkan bukanlah satu tindakan menyampaikan maklumat dan bukan juga “mendedahkan” apa-apa bahan penting mengenai 1MDB.
6. Walaupun diberi amaran supaya tidak berbuat sedemikian, Rafizi telah mengedarkan bahan-bahan daripada Laporan Ketua Audit Negara ini, yang telah ditanda sebagai Rahsia Rasmi pada waktu itu untuk “membuktikan” bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
7. Beliau juga mendakwa bahawa kerana hubungan ini, bayaran tertangguh yang tertentu dari 1MDB kepada LTAT telah menyebabkan tabung pencen berada di bawah tekanan kewangan yang mengakibatkan 110 orang daripada 450,000 veteran tidak menerima bayaran gratuiti mereka tepat pada masanya.
8. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa 1MDB telah menghubungi LTAT untuk membina 8 pengkalan tentera dan untuk menempatkan semula pangkalan udara yang sedia ada telah menjadi pengetahuan umum sejak tahun 2013 apabila kontrak ini telah diumumkan kepada orang awam.
9. Kedua-dua LTAT dan 1MDB juga telah menjelaskan bahawa tidak ada bayaran yang tertunggak atau lewat.
10. LTAT juga telah menjelaskan bahawa 70 orang daripada jumlah 110 orang veteran yang telah dikemukakan oleh Rafizi itu sudah dibayar manakala baki 40 veteran lagi tidak dibayar kerana dokumen yang tidak lengkap atau penyerahan dokumen yang lewat.
11. Rafizi mempunyai rekod prestasi membuat dakwaan yang kemudiannya ternyata tidak benar. Pada bulan Oktober, beliau telah kalah kes sivil kerana fitnah ke atas sebuah syarikat swasta.
12. Walaupun menyedari sepenuhnya bahawa beliau akan melanggar undang-undang dan walaupun telah berulang kali diberi amaran, Rafizi sengaja menggunakan dokumen yang diklasifikasikan untuk melanjutkan agenda politiknya sendiri untuk “mendedahkan” sesuatu yang sudah diketahui umum bagi menyokong dakwaannya yang kemudiannya didapati tidak benar.
13. Malaysia tidak unik dalam mempunyai undang-undang untuk melindungi kerahsiaan kerajaan dan tiada negara yang boleh beroperasi dengan rakyatnya yang sengaja melanggar undang-undang dan dibenarkan untuk terlepas daripada kesalahannya.
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee