“Union of the snake” itulah istilah paling sesuai untuk diberi kepada Pakatan Harapan baru yang disertai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Masing masing menunggu hendak mematuk dan membelit antara satu sama lain. PAS dah kena patuk dengan DAP bila tertubuhnya PAN.
PAN menjadi bisa ular yang kuat pada PAS. Bisanya membekas hingga pemimpin PAS menggangap hubungan dengan DAP seolah cerai talak tiga.
Atas sikap terpaksa dan terdesak kerana kesuntukan waktu, maka perjanjian pun dibuat agar PPBM menyertai Pakatan Harapan yang di dalamnya sudah sedia ada Parti PKR, PAN dan DAP.
Bermakna dalam PH baru ini , DAP diwakili oleh 2 parti, iaitu parti DAP sendiri dan juga PAN.
PAN secara tidak rasmi adalah parti DAP sayap Melayu Islam , diguna untuk tarik orang Islam mengundi DAP.
Atas sebab itu tidak akan ada apa bantahan berkenaan tingkah laku DAP yang akan datang dari PAN. DAP sudah ada 37 kerusi, PAN 6 kerusi, jadi 42 kerusi parlimen semuanya.
Sebelum PPBM menyertai Pakatan Harapan , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dalam senyap cuba bersungguh sungguh untuk memujuk parti PAS agar dapat masuk bersama PPBM bersatu menubuhkan satu perkongsian baru , sambil Tun Mahathir dari awal lagi telah bergantung harap dengan DAP.
Bolehlah dikatakan Pakatan Harapan baru yang disertai oleh PPBM ini sebagai penyatuan ular kerana masing masing mahu membelit antara satu sama lain, jika tidak pun sebagai parasit yang menular menumpang pada akar untuk naik keatas.
Pakatan ular ini menjadi kenyataan kerana ketika PAU UMNO yang lalu terlihat amat ketara sokongan ahli UMNO dan orang Melayu amat padu kepada kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu tindakan bijak Datuk Seri Najib mendedahkan rencana sulit DAP melalui siaran video di dewan PWTC berkenaan tindakan DAP mahu menggunakan orang Melayu untuk tipu orang melayu . (Melayu screw Melayu).
Akibat terdedahnya rencana DAP itu , kepimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang melihat kedudukan DAP telah kembali mundur 100 tahun ke belakang kerana berkemungkinan orang Melayu tidak akan mempercayai DAP , melainkan melayu yang digajikan dan yang sudah dibeli jiwanya seperti Mat Sabu, Dyana Sofyea ,Rara dan sewaktu dengannya.
Atas sebab panik , maka Lim Kit Siang telah menjemput semula Tun Mahathir kepersidangan DAP untuk menunjukkan masih ada Melayu ternama bersama DAP.
Ini bermotif sebagai “window dressing” sahaja untuk memancing orang Melayu kerana sebelum ini jemputan kepada Tun Mahathir sudah dibatalkan.
Dalam pada itu Kit Siang sudah pun buat perkiraan awal bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi berguna untuk Pakatan Harapan memandangkan dia akan terus merengkok dalam penjara.
Anwar hanya boleh bertanding balik pada tahun 2023 iaitu pada usianya sudah 76 tahun.
Sambil itu juga Kit Siang menyedari dalam otak dan fikiran Tun Mahathir tiada lain melainkan nasib Mukhriz, maka atas inilah mudah untuk Kit Siang buat perkiraan.
Kit Siang juga ada cita cita hendak jadikan anaknya Guan Eng sebagai PM. Maka, Mukhriz sudah pasti kena patuk dengan DAP selepas itu. Begitu juga Azmin, yang bersiap sedia hendak patuk Guan Eng dan Mukhriz.
Mahathir menyimpan Azmin dan Khairuddin untuk dijadikan senjata mematuk DAP. Begitu juga Ibrahim Ali yang akan digunakan sebagai senjata mematuk DAP dengan bisa bisa dari luar.
Maka jelas sekali kedua pihak iaitu PPBM dan DAP mahu menggunakan satu sama lain untuk capai hasrat masing masing.
Berdiri atas dasar “menang dulu PRU baru cerita belakang” maka sahlah PH baru ini tidak mendahului rakyat selain agenda masing masing sahaja.
Rakyat perlu diberi pesan, mereka tiada lansung di dalam agenda PH yang baru ini selain menjadi alat untuk memberi undi sahaja.
Sekurang kurangnya BN ada bukti track record kerja untuk rakyat. Pakatan Pembangkang sudah ada track record mungkiri janji mereka sendiri.
Pertama, DAP pernah keluar dari pakatan pembangkang pada 22 September 2001 kerana tidak setuju dengan PAS mengenai negara Islam. DAP mahukan perlembagaan sekular.
Kedua, pakatan pembangkang telah tandatangan perjanjian untuk bertanding satu sama satu dalam pilihanraya pada 9 Januari 2016. Perjanjian itu hanya bertahan 3 bulan 14 hari sahaja kerana dalam PRN Sarawak, PKR dan DAP bergaduh sesama sendiri.
Kini, pada 13 Disember 2016 lepas, pakatan pembangkang tandatangan perjanjian lagi. Agaknya berapa lama perjanjian pakatan ular mampu bertahan?