Bertentangan dengan kepercayaan popular, pada zaman Mahathir sebenarnya tidak ada subsidi gula, dan tidak ada subsidi minyak masak, – sebabnya tidak ada keperluan untuk subsidi tersebut.
Subsidi gula hanya bermula pada tahun 2006 apabila harga gula dunia meningkat. Lihat sini http://news.xinhuanet.com/english/2009-08/31/content_11968643.htm
Subsidi minyak masak hanya bermula pada tahun 2007 apabila harga minyak sawit mentah (CPO) dunia melonjak – dan sebab itu lah Skim Penstabilan Minyak Masak (COSS) diperkenalkan atau disebut oleh umum sebagai subsidi minyak masak, sebenarnya bukan subsidi. Lihat sini http://bepi.mpob.gov.my/news/detail.php?id=4138
Sebenarnya, pada masa itu DAP juga tidak suka skim COSS ini. Lihat sini https://www.dapmalaysia.org/english/2007/july07/lge/lge699.htm
Petrol juga tidak ada subsidi pada masa Mahathir malahan beliau mengenakan CUKAI ke atas petrol sebanyak 58.62sen.
https://pakdin.my/subsidi-harga-minyak-berpuluh-tahun-di-tipu-mahathir/
https://pakdin.my/mahathir-mengenakan-cukai-petrol-bukan-memberi-subsidi/
Itulah sebabnya dalam akaun rasmi kewangan negara, jumlah nilai subsidi semasa Mahathir begitu rendah.
Jadi, apa yang Mahathir subsidi yang diberi pada zaman beliau?
Sebenarnya tidak ada apa-apa – kerana tiada keperluan untuk memberikan subsidi. Dia beri subsidi kepada kroni dengan kadar IPP lebih tinggi. Dia melakukan ini dengan mengarahkan Petronas untuk memberi subsidi kadar gas kepada IPP.
Pada masa inilah China belum mula membangun dan melonjakkan harga komoditi di seluruh dunia.
—-
Rujukan:
http://news.xinhuanet.com/english/2009-08/31/content_11968643.htm
http://bepi.mpob.gov.my/news/detail.php?id=4138
https://www.dapmalaysia.org/english/2007/july07/lge/lge699.htm
https://pakdin.my/penipuan-protun-mahathir-tidak-pernah-belanja-besar-untuk-subsidi-berbanding-pak-lah-dan-najib-sebaliknya-mengenakan-cukai-petrol/