Dua suspek disyaki militan meletupkan diri-sendiri ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Arab Saudi di Jeddah awal hari ini, lapor media Arab Saudi.
Pegawai keselamatan mengepung sebuah rumah di Jeddah dan berlaku tembak-menembak apabila dua lelaki meletupkan diri, lapor Sabq iaitu laman sesawang yang dikaitkan dengan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
Agensi berita Sky News Arabia yang berpangkalan di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) memetik laporan wartawannya turut melaporkan insiden sama.
Namun, tiada maklumat lanjut dari Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.