Terdapat dakwaan kononnya peneroka Felda sudah kehilangan wang berikutan penyenaraian FGV dan harga saham menurun.
Saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 dan sebaik sahaja selepas penyenaraian, ia melonjak sehingga RM5.46. Ia kekal melepasi harga IPO untuk 9 bulan sebelum menyusut berikutan harga minyak sawit dunia menurun dan pengeluaran yang berkurangan akibat dari El Nino yang menyebabkan kemarau dan cuaca panas yang luar biasa.
Hari ini harga saham FGV adalah RM2.05.
Sebaik penyenaraian, Felda meraih kira-kira RM5.5 bilion. Satu pertiga darinya atau RM1.7 bilion terus disalurkan kepada peneroka melalui bonus ‘durian runtuh’ sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga.
Setiap keluarga juga diberikan pinjaman tanpa faedah di mana mereka hanya membayar RM50 sebulan untuk tempoh 72 bulan bagi melanggan 800 saham FGV, atau kos sebanyak RM3,640 bagi setiap keluarga.
Sejak disenaraikan, FGV telah membayar 8 dividen berjumlah 44 sen setiap saham, pulangan sebanyak RM352 bagi 800 saham terbabit.
Selain itu, ketika penyenaraian FGV, Felda dan anak syarikatnya memegang hampir 730 juta saham dalam FGV. Daripada dividen 44 sen sahaja, ia menerima RM320 juta. Jumlah ini turut diagihkan kepada peneroka sehingga RM2,200 setiap keluarga.
Koperasi Permodalan Felda turut diberikan sejumlah wang dan 200 juta saham semasa penyenaraian FGV. KPF juga menerima sekurang-kurangnya RM90 juta dalam bentuk dividen. Selain itu, KPF juga menerima wang RM2.2 bilion dari FGV selepas penjualan 51% saham Felda Holdings kepada FGV.
Maka, dari penyenaraian FGV itu, peneroka menerima manfaat berikut:
1. RM15,000 dalam bentuk bonus
2. RM2,000 (daripada 800 saham biarpun harga menurun dari RM4.55 kepada RM2.05)
3. RM352 dividen diterima
4. RM2,200 bayaran dari Felda sebagai dividen FGV
5. Jumlah yang diagihkan oleh KPF dengan keluarga peneroka
Maka, sehingga kini, peneroka telah menerima perolehan sekurang-kurangnya RM15,552 setiap keluarga, dan bukannya rugi. Ini tidak termasuk berapa yang diagihkan oleh KPF dengan peneroka.
Wang ini tidak mungkin diperolehi tanpa penyenaraian FGV.
Ini adalah tambahan kepada bonus insentif tetap yang diberikan bagi produktiviti dan Hari Raya yang dibayar terus oleh Felda, dengan kali terakhir adalah antara RM300 hingga RM800 bagi setiap keluarga pada Januari 2017 dan bonus RM500 bagi bonus Hari Raya pada Jun 2016.
Disebalik hasutan berterusan pembangkang kononnya peneroka Felda mengalami kerugian, ia sebenarnya adalah fitnah untuk mengapikan kemarahaan orangramai untuk kepentingan politik mereka kerana kononnya peneroka kehilangan wang akibat dari penyenaraian FGV dan penyusutan harga saham.
Peneroka sebaliknya memperoleh ganjaran daripada penyenaraian itu, bukan kerugian.
Pembangkang tidak pernah henti-henti untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari dengan pelbagai fitnah dan penipuan.
LSS.
*******
“Bersyukur dan balas budi, Mahathir nasihat peneroka Felda”
http://www.sinarharian.com.my/bersyukur-dan-balas-budi-mahathir-nasihat-peneroka-felda-1.132302