Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru di blognya chedet.cc mula menyerang PAS. Mahathir sekarang takut sangat dengan PAS.
Kenapa? Sebab Mahathir tidak dapat tarik ahli UMNO untuk keluar dan masuk PPBM. Mahathir juga gagal tarik keluar orang PAS masuk PPBM.
Mahathir mungkin tidak puas hati rundingan antara partinya, PPBM dan PAS untuk bekerjasama tidak berjaya.
PAS pula punyai jentera yang kuat di kalangan pembangkang. Jika PAS tiada dalam PH, jentera siapa yang boleh diharap bantu PPBM? Jentera PKR jadi yang paling kuat.
Jentera PKR yang otai otai sudah pasti memaki dan menghamun Mahafiraun itu kerana dendam lama mereka. Mereka pasti akan boikot jika PPBM bertanding. Silap silap mereka sabotaj lagi.
Dengan PAS lah Mahathir berharap boleh berkawan. Mahathir berharap boleh gunakan jentera PAS untuk kempen pada PRU14. Harapan itu berkecai.
PAS tetap mahu tanding sendiri. Mahu lawan di 80 tempat. Semua tempat itu pula, tempat idaman PPBM.
Apa lagi Mahathir boleh buat? Maka bermulalah Mahathir buka langkah serang PAS habis habisan.
Mahathir mula mengungkit semula perangai pemimpin PAS dulu yang suka mengkafirkan orang Melayu Islam lain yang tidak sebulu dengan perjuangan mereka yang pada ketika itu kononnya memperjuangkan Islam.
Dalam blognya, Mahathir menulis :-
“Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama”
Sebenarnya, taktik Mahathir ini adalah kerana berang dengan PAS yang enggan bekerjsama dengan PPBM.
Dengan sokongan kuat satu parti Melayu yang besar sahaja sesebuah parti di Malaysia ini akan berjaya sekurang-kurangnya menang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Mahathir kata PAS mungkin boleh menang 15 kerusi dari 80 kerusi. Maknanya 18.7% kemenangan.
PPBM hendak tanding 36 kerusi, dari 36 kerusi ini mungkin kalah semua atau paling tidak menang 2 sahaja.
Maknanya peratusan kemenangan hanyalah 5.5% sahaja. Prestasi PAS akan lebih baik pada PPBM pada PRU14 nanti.
PPBM dan Pakatan Harapan perlukan PAS untuk menang tapi PAS enggan kerana PPBM ada hubungan dengan DAP dalam satu pakatan.
Bapa Mukhriz itu sebenarnya takut apabila mengetahui PAS akan bertanding di 80 kerusi pada PRU ke-14 nanti kerana Pakatan Harapan (PH) tidak akan ada peluang untuk menang jika Barisan Nasional (BN) turut bertanding.
Mukhriz dan Muhyiddin juga silap silap kalah jika bertembung dengan PAS dan BN.
Tuduhan Mahathir bahawa penubuhan PAS untuk memecahbelahkan orang Melayu adalah salah sama sekali. Mahathir lah yang sebenarnya memecahbelahkan orang Melayu dengan menubuhkan PPBM dan mencuri ahli dari UMNO dengan menghasut mereka dengan pelbagai tuduhan supaya meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.
Tindakan Mahathir berbalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li selepas pemilihan UMNO pada sekitar 80-an juga menyebabkan perpaduan orang Melayu hancur.
Pada masa itu wujudnya Team A dan Team B antara mereka yang menyokong Mahathir dan Ku Li sehingga UMNO berpecah dan wujudnya parti Semangat 46. Mahathir lah punca UMNO pecah dan diharamkan.
Kini, Mahathir sendiri adalah dalang perpecahan orang Melayu apabila mewujudkan PPBM dengan yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan anaknya Mukhriz sebagai Timbalan Presiden dengan niat menggunakan pengaruh orang Melayu yang berpecah itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Seperti gaya orang tua tua berbalah, Mahathir kini lebih suka mengungkit cerita lama membabitkan orang lain tapi jarang beliau mengungkit berkenaan kesalahan dirinya sendiri semasa menjadi Perdana Menteri dan memohon maaf atas segala keterlanjuran.
Mahathir sudah berpatah arang dengan PAS. Menyerang PAS dengan menceritakan balik isu kafir mengkafir. Mahathir kini lebih lebih selesa berkawan dengan kafir harbi DAP untuk melawan PAS dan UMNO.
Siapa sebenarnya yang memecah belah Melayu dan Islam? Sanggup berpakat dengan parti yang jelas jelas menentang Islam untuk mendapatkan kuasa. Jawapannya adalah Mahathir.