Perhimpunan yang mereka telah berusaha keras untuk dijadikan sebagai perhimpunan terbesar pada tahun ini hanya berjaya menarik 10,000 orang (termasuk bonus 5,000 tambahan) – 90% di bawah sasaran asal mereka seramai 100,000 orang dan 66.7% kurang dari sasaran terakhir 30,000.
Dan tiada hujan hari ini untuk mereka jadikan alasan.
Saya fikir Pakatan Harapan sudah tahu bahawa permainan sudah berakhir.
Kalau di sekolah, apabila mendapat markah 10% atau 33.3% maka dapat lah tanda gagal merah besar.
Mahathir berada di sana dan begitu juga Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu, Wan Azizah, Muhyiddin, Tony Pua, Ambiga, Maria Chin – namun mereka tidak dapat menarik kehadiran ramai orang.
Kegagalan yang amat memalukan.
Apabila terlalu banyak sangat berbohong dan anggota gabungan mereka berterusan melanggar prinsip sendiri bekerjasama dengan kleptokrat terbesar, akan menyebabkan kehilangan sokongan.
Siapa boleh terima apabila mesej “Ubah” telah tiba-tiba berubah daripada menghapuskan Mahathir dari berkuasa kepada “Selamatkan Malaysia” dengan meletakkan semula Mahathir berkuasa untuk “Selamatkan Malaysia”?
Tanda-tanda sudah ada sebelum ini. Kehadiran BERSIH tahun lepas menurun berbanding 2015 dan 2012. Perhimpunan anti-GST Mei tahun lalu amat menyedihkan mereka sehingga tidak berani mengadakan perhimpunan yang sama tahun ini.
Semua ini juga cerminan. kejatuhan drastik dalam kecenderungan terhadap Pakatan di mana populariti BN di FB kini meningkat sekali ganda berbanding pembangkang:
https://pakdin.my/politweet-populariti-bn-di-facebook-naik-hampir-seganda/
Ia bertukar menjadi kesilapan strategik yang serius untuk mengadakan perhimpunan hari ini yang begitu dekat dengan Pilihan Raya Umum – di mana kelemahan dan kekurangan sokongan untuk Pakatan kini amat menyakitkan dan sangat memalukan yang dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang didunia ini.