Pembangkang bukan sahaja tidak malu tetapi ditempelak kerana tidak menyokong Bajet 2018 yang diluluskan pada peringkat dasar semalam.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membidas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tsin yang tanpa segan silu mengemukakan soalan tambahan memohon kerajaan memberi RM2 bilion bantuan wang luar jangka kepada Pulau Pinang yang baru-baru ini ditimpa bencana banjir 5 November lalu.
“Yang Berhormat (YB) Bayan Baru minta bantuan RM2 bilion untuk Pulau Pinang, tapi kenapa YB tak sokong bajet 2018 semalam. Bajet 2018 semalam patutnya disokong oleh semua pembangkang, tapi bukan sahaja menentang tetapi minta buat belah bahagi undi pula,” bidas Shahidan.
Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, Selasa.
Jelas Shahidan, kerajaan tidak pernah memberi bantuan wang luar jangka kepada Kelantan dan Terengganu ketika dua negeri terbabit dilanda bencana banjir seperti yang didakwa oleh Tze Tsin.
Malah kata Shahidan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertungkus lumus membantu memulihkan kehidupan mangsa-mangsa banjir di kedua-dua negeri berkenaan pada banjir 2014 lalu.
“Perlu diperjelaskan perkara itu tidak betul dan kerajaan tidak pernah memberinya kepada Kelantan dan Terengganu.
“NADMA hanya membantu mangsa-mangsa banjir pada 2014 lalu dengan membina semula rumah mereka, banjir itu adalah terbesar dalam sejarah melibatkan 650,000 mangsa ketika itu,” jelas Ahli Parlimen Arau itu.
Bagaimanapun Shahidan menjelaskan bahawa keputusan pemberian wang bantuan luar jangka itu bukan dalam bidang kuasa beliau dan perkara itu akan dibincangkan oleh pihak yang lain.
“RM2 bilion bantuan wang luar jangka itu, perkara ini akan dibincang di tempat lain bukan ditempat saya.
“Tapi saya kesal dengan yb dan rakan-rakan pembangkang yang tidak menyokong bajet semalam tapi tahu pula meminta peruntukan wang tersebut,” selar Shahidan lagi.
Terdahulu Shahidan menegaskan NADMA berpuas hati dengan tindakan pantas dan efisien pasukannya dalam memberi bantuan menyelamat kepada semua mangsa banjir di Pulau Pinang.
“Pengurusan banjir pada kali ini dibuat dengan baik dan kita telah bersiap siaga menghadapi banjir kali ini,” katanya.
Sementara itu, Shahidan ketika menjawab soalan asal daripada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menegaskan pembangunan yang rancak selepas tahun 2008 telah memusnahkan ekosistem dan ekologi di Pulau Pinang serta perairan sekitarnya melalui pembangunan di cerun atau lereng bukit dan kerja penambakan laut.
Katanya, struktur seperti parit dan saliran tidak dinaik taraf seiring dengan pembangunan dan tidak dapat menampung kapasiti yang semakin meningkat.
“Infrastruktur parit dan saliran ini perlu dinaiktaraf dengan sewajarnya.
“Pengurusan kawasan tadahan hujan kerana pembangunan mengurangkan keupayaan tanah untuk menyerap air. Ini menyebabkan air larian bertambah.
“Dalam keadaan banjir baru-baru ini air turun bersama selut..airnya berwarna kuning. Inilah akibat pemotongan bukit,” katanya.
*****************
Rujukan:
Bila bajet 2018 diumumkan oleh Najib, Guan Eng sangat gembira kerana ada peruntukkan untuk menaik taraf lapangan terbang Pulau Pinang.
Dia kata dia sudah lama tunggu untuk projek ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/342989/sudah-lama-ditunggu-guan-eng
TETAPI… apabila tiba masa mengundi untuk kelulusan Bajet 2018 di parlimen, semua ahli parlimen Pakatan mengundi untuk menolak Bajet 2018.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/13/107-ahli-parlimen-sokong-bajet-2018-59-tolak/
Selepas mengundi untuk menolak Bajet 2018, Lim Guan Eng pula minta kerajaan pusat untuk bagi lebih banyak peruntukkan dari Bajet 2018 untuk membantu mangsa banjir.
https://www.malaysiakini.com/news/401945
Inilah Pakatan Harapan yang memang tak ada harapan.