1. Kaveat terhadap tanah telah dibuat beberapa kali. Perdana Menteri mahu tanah itu diambil semula. FELDA sendiri telah melakukannya. Rundingan bersama Peguam dan Peguam Negara dan telah pun diuruskan oleh FELDA beberapa bulan sebelum ini.
2. Tanah masih di situ. Tiada siapa yang “mencuri tanah” dan sembunyikan tanah di dalam almari atau membawanya lari ke luar negara.
3. Kerajaan mengawal pihak berkuasa tanah yang akan menghalang sebarang perpindahan lanjut oleh pemaju.
4. Kerajaan menguasai Dewan Bandaraya yang akan memberikan kelulusan pembangunan atau membatalkan sebarang kelulusan pembangunan bagi tanah itu.
5. FELDA mempunyai semua dokumen dan bukti bahawa tiada wang yang dibayar untuk tanah itu, dan jika perlu, membawa ke mahkamah sivil untuk mengambil balik tanah itu.
6. Tanah ini masih diklasifikasikan sebagai tanah institusi dengan banyak sekatan penggunaan tanah dan bagaimana ia mahu dimajukan. Sekatan tersebut hanya boleh di tarik balik oleh Pejabat Tanah dan Dewan Bandaraya.
7. Ia telah menjadi tajuk berita utama negara sekarang dan tiada pembeli atau juga sub kontraktor yang “waras” akan berurusan dengan pemaju atau projek yang telah dinamakan secara terbuka.
8. Pada asasnya, pemaju dan projek itu adalah ‘f**Cked’ sekarang. Mereka tidak dapat membangunkannya, mereka tidak boleh menjualnya. Mereka hanya boleh melihat tanah itu.
9. FELDA sudah pasti akan mendapat kembali tanahnya.
10. Satu-satunya soalan yang tinggal ialah:
Bukanlah luar biasa bahawa pemaju yang dilantik oleh FIC diberi surat kuasa (PA) kerana ia membantu mempercepatkan usaha pembangunan tetapi persoalan yang masih ada:
- Apakah Surat Kuasa disetujui oleh lembaga pengarah FELDA sebelum diberikan?
- Adakah syarikat menyalahgunakan surat kuasa (PA) untuk memindahkan tanah itu kepada nama sendiri dan tanpa memberitahu lembaga pengarah FELDA atau FELDA?
- -Adakah terdapat sebarang salah laku oleh pihak pejabat tanah untuk membenarkan pemindahan tanah ini berlaku?
- Adakah terdapat sebarang manfaat yang diterima oleh orang dalam FELDA atau pihak berkuasa tanah untuk membenarkan pemindahan tanah yang luar biasa ini?
11. Oleh itu, jangan risau dalam soal untuk mendapat kembali tanah tersebut. Ia juga melibatkan agak banyak urusan yang mesti dilakukan.
**********
PS: saya merasa sangat terhibur apabila orang gila publisiti seperti ANAK membuat laporan polis (sudah dibuat oleh FELDA lah) atau Amanah yang membuat kenyataan meminta Felda untuk menyaman pemaju untuk medapatkan kembali tanah (proses sudah dimulakan proses lah) atau Nurul Izzah meminta Kerajaan untuk mengambil balik tanah tersebut (apa yang dia fikir FELDA cuba lakukan .. DUH!) – semua melenting tak tentu hala demi publisiti dan cuba menjadi jaguh.