Salam 2 all.
Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani ‘ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la’natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?
Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman. Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!
Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. ……..
Baca seterusnya