Kalau ekonomi teruk atau tiada kepercayaan kepada pentadbiran ekonomi kerajaan, tiada pelabur tempatan ataupun dari luar negara yang akan melabur dan sebaliknya.
Tiada penanda yang lebih ikhlas dari indeks dan harga saham kerana pelabur “put their money where their mouth is” – bukan secara propaganda jahat Pakatan yang mahu memburukkan negara.
Pelabur akan masuk pasaran saham apabila mereka yakin dan percaya terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Sekarang ramai pelabur asing memilih saham Malaysia untuk melabur kerana mereka yakin dan percaya kerajaan BN akan menang sekali lagi pilihanraya umum akan datang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan akan bertambah kukuh di bawah kepimpinan cemerlang Perdana Menteri Najib Razak.