S1: Adakah GST merupakan cukai regresif, iaitu orang miskin juga akan dikenakan cukai lebih tinggi dari orang kaya?
Jawapan: Dari segi pelaksanaannya mungkin ada dikenakan cukai. Bagaimanapun di Malaysia, pelaksanaannya dilakukan dengan mengecualikan beribu item barangan dari dikenakan cukai, dan sementara itu juga BR1M telah diperkenalkan dan kadar bayarannya sentiasa meningkat.
Malahan, cukai pendapatan persendirian juga telah dikurangkan dan distruktur semula di mana pendapatan di bawah RM4,000 sebulan tidak lagi dikenakan cukai.
Mengambil kira itu juga, pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan juga tidak dikenakan cukai – berbanding ketika era Mahathir.
Pendapatan isi rumah ini kebiasaanya digunakan setiap bulan untuk membayar sewaan, utiliti, petrol, pengangkutan awam, bayaran balik pinjaman atau simpanan. Semua ini dikecualikan dari dikenakan GST.
Dalam pada itu, ada juga pendapatan isi rumah akan membelanjakan RM1,000 sebulan ke atas barangan atau perkhidmatan yang dikenakan bayaran GST.
RM1,000 X 6% =RM60 sebulan untuk GST atau RM720 setahun.
Bagaimanapun, isi rumah tersebut layak untuk mendapat BR1M berjumlah RM1,200 setahun.
Bermakna, isi rumah tersebut mendapat tambahan RM480 setahun (RM1,200 tolak RM720) – dan itu mereka ini dikenakan negatif cukai.
Malahan, faedah yang mereka dapat ini lebih tinggi tidak sebagaimana dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini di mana isu rumah tersebut terpaksa membayar cukai tanpa mereka sedari. Sebagai contohnya, kereta dan alat ganti telah turun harganya di bawah GST berbanding dengan SST di mana pengimport buahan seperti apple atau oren dikenakan 10% cukai jualan tetapi kini telah dihapuskan dan dikecualikan dari GST.
Oleh itu, isi rumah yang berpendapatan rendah sebenarnya mendapat faedah dari sistem GST ini.
Orang kaya pada kebiasaannya akan berbelanja lebih ke atas nilai barangan yang lebih tinggi, makan di luar, hiburan dan lain-lain lagi.. mereka ini sudah pasti akan membayar lebih ke atas GST pada setiap bulan berbanding dengan keluarga yang berpendapatan rendah.
Maka, sistem GST di Malaysia BUKAN sistem yang regresif yang menekan keluarga yang berpendapatan rendah. Ianya adalah sistem yang progresif di mana keluarga yang berpendapatan rendah akan mendapat faedah dan ini sudah tentu membantu dari sudut kesaksamaan pendapatan.
S2: Ada atau tidak yang dianggarkan sebanyak 170 buah negara yang telah menghapuskan GST setelah dilaksanakan?
Jawapan: Tidak ada.
S3. Adakah GST sebagai tambahan cukai yang membebankan rakyat?
Jawapan: Di dalam konteks Malaysia dan tidak seperti di lain-lain negara yang melaksanakan GST seperti di UAE dan Arab Saudi, pelaksanaan GST oleh kita ini tidak boleh dianggap sebagai tambahan cukai.
Semasa persediaan untuk GST ini dan pada hari pelaksanaannya, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% sementara cukai pendapatan individu juga telah distruktur semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%. Sebagai kesannya, ramai yang di dalam kumpulan pendapatan sederhana kini membayar cukai yang lebih rendah sementara yang berpendapat rendah tidak lagi dikenakan membayar cukai pendapatan individu.
Malahan juga, Cukai Jualan sebanyak 20% dan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6% telah dihapuskan sementara BR1M telah diperkenal dan dilaksanakan.
Oleh itu, GST di Malaysia TIDAK BOLEH dianggap sebagai tambahan cukai tetapi sebagai perubahan di dalam sistem pencukaian kita.
Ramai orang hanya melihat kepada aspek GST sahaja tetapi tidak menyedari pengurangan dan penghapusan lain-lain bentuk cukai dan dalam masa yang sama menerima faedah dari pembayaran hasil dari GST.
—-
S4. Saya mendengar bahawa GST adalah “haram” di dalam Islam?
Jawapan: Walaupun saya bukanlah ahli untuk menjawab perkara ini dari sudut agama, tetapi hakikatnya banyak negara-negara telah mempertimbangkan pelaksanaan GST ini termasuk dari negara-negara Islam.
Selain dari Iran yang telah memperkenalkan GST dalam than 2008, Arab Saudi dan UAE kini mulai melaksanakan GST pada tahun 2018 sementara negara Oman, Kuwait dan Bahrain akan melaksanakan GST pada tahun hadapan.
S5. Adakah GST menyebabkan inflasi?
Jawapan: Ya dan Tidak. Bergantung kepada konteks yang anda maksudkan.
Apabila GST diperkenalkan, harga untuk beberapa barangan akan naik sementara kereta, alat ganti dan beberapa barangan elektrik contohnya menurun kerana GST akan menggantikan 10% cukai jualan yang tinggi selama ini.
Di sini ditunjukkan bagaimana harga jualan kereta telah menurun selepas GST diperkenalkan pada bulan April 2015:
http://says.com/my/news/rm10-000-off-a-merc-and-other-car-price-reductions-thanks-to-gst
Sebarang perubahan di dalam percukaian akan menyebabkan inflasi tetapi kesannya hanyalah SEKALI SAHAJA, GST seperti lain-lain percukaian tidak secara sendiri menyebabkan kenaikan mendadak inflasi atau perubahan kadar inflasi selepas tempoh awal pelaksanaannya.
Kini setelah 3 tahun pelaksanaan GST dan bukan lagi kerana GST menjadi penyebab kepada kenaikan inflasi kerana kadar GST tidak meningkat sejak ianya dilaksanakan.
Di sini dilampirkan sebuah artikel yang bagus mengenai kesan jangka panjang GST (atau VAT) ke atas inflasi: http://www.rediff.com/money/2005/apr/16vat.htm
Jika anda percaya ianya boleh berlaku, maka anda akan mempercayai bahawa cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia sejak berdekad-dekad lalu telah menyebabkan kepada inflasi selama ini. Ini mungkin tidak mustahil.
Sebagaimana yang diterangkan di atas, perubahan di dalam percukaian akan menyebabkan kenaikan satu tahap di dalam inflasi. Di dalam kes Pakatan, mereka bercadang untuk mengekalkan GST tetapi mengurangkannya kepada 0% dan mewujudkan kembali Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan, Cukai warisan dan cukai hasil keuntungan.
Perubahan cukai-cukai baru yang dicadangkan oleh Pakatan akan menyebabkan sekali lagi kitaran inflasi kepada para peniaga yang akan menggunakannya sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan sekali lagi dengan mendakwa mereka terpaksa menanggung cukai-cukai yang baru ini sementara terpaksa membayar cukai pentadbiran bagi mengekalkan GST di dalam sistem.
S6. Jika cukai korporat dan cukai pendapatan individu dikurangkan sementara cukai jualan dan perkhidmatan telah dihapuskan, bagaimana pihak kerajaan mendapat lebih banyak pendapatan berbanding dahulu? Dari mana sumber pendapatan tambahan ini?
Jawapan: Warganegara pembayar cukai yang jujur dan syarikat akan menikmati pengurangan cukai ini.
Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak pernah melaporkan atau melaporkan pendapatan kurang dari sebenar atau korporat sebelum itu, mereka yang menjalankan perniagaan haram (atau disebut sebagai “black economy”) seperti peminjam wang haram, pelacuran, perjudian haram, pelancong atau pekerja asing yang tidak membayar apa-apa cukai pendapatan tidak lagi terlepas dari GST.
Kutipan tambahan ini datangnya dari kumpulan-kumpulan seperti ini.
Adalah adil dan wajar apabila anda berbelanja dan mampu untuk berbelanja maka anda akan membayar GST secara langsung.
S7. Adakah kerajaan menggunakan wang GST untuk menyelamatkan 1MDB/kerajaan/salah urus/rasuah dan lain-lain?
Jawapan: Sebagaimana yang dijawab pada soalan ke-3. GST tidak boleh dianggap sebagai cukai tambahan tetapi harus dilihat sebagai satu transformasi percukaian yang memberikan manfaat yang meluas bagi meningkatkan daya saing negara, mengurangkan kebocoran subsidi terlindung, mengurangkan pergantungan negara terhadap petroleum, mengurangkan pengelakan cukai, mengurangkan jurang pendapatan serta memastikan bantuan yang sewajarnya hanya diberikan kepada golongan yang memerlukan dan bukannya kepada orang kaya.
Sebagai persediaan untuk melaksanakan GST, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% manakala cukai pendapatan peribadi juga disusun semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%.
Kumpulan berpendapatan rendah juga dikecualikan untuk membayar sebarang cukai pendapatan peribadi.
Diusamping itu, cukai jualan yang bernilai sehingga 20% serta cukai perkhidmatan sebanyak 6% juga dimansuhkan, manakala BR1M diperkenal serta dinaikkan.
Orang ramai hanya melihat GST tetapi terlupa perngurangan cukai, pemansuhan cukai, pengurangan hasil petroleum serta peningkatan bayaran BR1M kerana GST.
Sebagaimana yang anda lihat melalui jadual tersebut dan mengambil kira kerugian akibat kejatuhan 80% harga minyak dunia sejak 2014, kesan keseluruhan atas perubahan serta pembayaran yang perlu dilakukan kerajaan adalah menghampiri kadar neutral atau negatif.
Anehnya, ahli politik Pakatan sering menyebut jumlah kutipan GST sebanyak RM40 bilion, namun tidak menyentuh kerugian hasil petroleum RM40 bilion, kerugian RM10 bilion hasil dari pengurangan cukai pendapatan korporat dan peribadi, kerugian RM18 bilion dari cukai jualan dan servis mahupun RM7 bilion yang dibayar melalui BR1M.
Walaupun ada pertumbuhan KDNK positif berterusan, perubahan ini merupakan sebab mengapa jumlah pendapatan tahunan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 berada dalam lingkungan RM220 bilion hingga RM230 bilion – hampir sama dengan hasil RM220 bilion yang dikutip kerajaan pada tahun 2014 sebelum GST dilaksanakan.
Memandangkan jumlah pendapatan kerajaan tetap sama, persoalan GST dijadikan wang tambahan untuk menyelamatkan apa-apa perkara tidak seharusnya timbul sama sekali.
Lebih lagipun, kalau benar-benar kerajaan perlu wang untuk “bail-out”, lebih senang untuk ambil dari Petronas begitu sahaja seperti Tun Mahathir menggunakan wang Petronas sesuka hati bila dia memerintah.
Pada akhir tahun 2017, Petronas ada baki wang tunai RM128.2 billion.
http://www.petronas.com.my/investor-relations/Documents/financial-report/Financial%20Report%20Financial%20Year%20Ended%2031%20December%202017%20(FY2017).pdf
Tetapi, PM Najib Razak tidak sama dengan Tun Mahathir dan tidak mengusik wang Petronas kerana ingin Petronas menggunakan wang mereka untuk memperkembangkan bidang mereka.
——
S8. Kerajaan tidak telus dalam menunjukkan bagaimana wang GST dibelanjakan.
Jawapan: Hasil GST dianggap sama seperti mana-mana kutipan lain kerjaan termasuk cukai korporat, cukai pendapatan, duti, pendapatan petroleum, dividen yang diterima – ini bermaksud ia diletakkan di dalam dana yang disatukan kerajaan.
Pendapatan GST tidak diasingkan dan tidak dibelanjakan secara berasingan.
Bagaimana kerajaan membelanjakan dana yang telah disatukan (termasuk hasil GST) itu diperincikan setiap tahun di dalam belanjawan dan diaudit oleh Ketua Audit negara.
————–
Sumber:
http://www.bnsc.my/2018/03/8-soal-jawab-mengenai-gst-faq.html?m=1