Selepas pilihan raya ini saya rasa sedih. Apalah hendak jadi kepada negara kita nanti.
Dulu habis MAS jahanam sehingga terpaksa Pak Lah dan Najib selamatkan.
Dulu buat tol kenaikan tiga tahun sekali sebanyak 10%. Kalau rugi kerajaan kena bayar. Najib terpaksa minta tolong KWSP beli PLUS untuk elak kerajaan bayar pampasan beratus juta setahun.
Dulu penuh Lembah Klang ni dengan tol. Ikut perjanjian, ada yang sudah RM3 sehala. Terpaksa Najib juga bayar pampasan, struktur semula dan bayar pampasan untuk sesetengah kawasan bagi tutup terus.
Dulu sudah berapa kali kerajaan melindungi Proton sehingga berpuluh tahun menanggung subsidi. Terpaksa Najib cari rakan kongsi strategik yang boleh pulihkan Proton.
Dulu dia dia buat IPP, perjanjian TNB mesti bayar guna atau tidak. Harga lebih tinggi dari pasaran. Menurut Tan Sri Ani Arope (2006) TNB mampu menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh), tetapi TNB kena beli dari IPP pada harga 23 sen seunit (kwh).
IPP ini juga mendapat subsidi gas Petronas. Dari 1997-2010, Petronas subsidi gas sebanyak RM49.3 bilion kepada IPP.
Najib Razak juga yang menubuhkan 1MDB dan ambil alih IPP-IPP ini dan menstruktur semula perjanjian. Malangnya, ia tidak sempat berjaya sepenuhnya kerana serangan politik.
Hari ini dia buat air mata buaya konon sukarnya hendak pulihkan negara ini. Dia buat cerita kononnya hutang terlalu besar sehingga sukar hendak tunaikan janji Pakatan Harapan.
Hari ini mereka sudah sebarkan gosip hendak apungkan Petronas.
Sebenarnya Elders Council sibuk bincang apa nak faraid bagi “cover” belanja pilihan raya. Ada orang percaya Daim akan buat kerja percuma atau keluar modal tanpa pulangan?
Tidak payah menipulah. Di bawah Najib Razak belum pernah Kerajaan tidak mampu bayar hutang.
Tak boleh tunai janji letak jawatanlah. Usah buat cerita sedih.
Sandirawa Pakatoon.
Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216489157041820&id=1244194023