Ramai yang memberitahu kepada saya sebelum ini supaya saya berkeras dan jangan ikut undang-undang untuk kita terus kekal berkuasa. Tapi saya kata kepada mereka kita harus berlembut terhadap pihak lawan dan rakyat serta ikut undang-undang..
Saya bagi tahu perjuangan kita mesti berprinsip teguh berpendirian dan mencontohi perjuangan Rasulullah SAW, serta janganlah bertindak kasar dengan kuasa yang kita ada kepada pihak lawan..
Malangnya sejenis wabak fitnah terlampau kuat yang dibawa oleh pihak lawan betul-betul menguasai pemikiran rakyat untuk membenci diri saya dan juga parti..
Inilah kesan akibatnya kepada saya dan keluarga serta parti. Rakyat lebih mempercayai fitnah kedustaan sehingga benda yang baik pun dipercayainya jahat dan terus menghala kepada saya..
Mereka menuduh saya mencuri duit rakyat tapi sampai sekarang mereka tidak boleh buktikan perkara tersebut, yang hanya ada sampai sekarang fitnah yang bertalu-talu untuk menghentam saya..
Saya akui saya terlampau berlembut dengan pihak lawan sehingga saya dan parti di hukum teruk, tetapi ianya tidak dapat mematahkan semangat kami untuk memakmurkan serta menyelamatkan kembali tanah air ini..
Kini saya dan parti UMNO serta Barisan Nasional tidak memerlukan apa-apa lagi, yang kami mahu hanya sokongan dari Tuan-tuan dan Puan-puan serta adik kakak untuk terus setia bersama memperjuangkan sehingga ke titisan darah terakhir kita untuk Bangsa Agama dan Tanahair kita..
Kita umpama bermula dari bawah semula untuk memperjuangkan kemerdekaan dari mereka yang zalim demi menyelamatkan malaysia yang tercinta. Insya-Allah..
Datuk seri Najib Tun Razak..