#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru
Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mempersoal kegagalan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Sambil menyeru rakyat Malaysia yang masih mentaati institusi Raja-Raja Melayu supaya tampil membuat laporan polis terhadap pengendali laman blog yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan ini sekaligus akan memperlihatkan ketelusan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas untuk bertindak secara adil dan saksama dalam menjalankan tugasnya sebagai peguam yang tidak berat sebelah untuk menjatuhkan hukuman.
“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia, mohon bantu buat laporan polis malam ini juga satu negara lepas solat sunat terawih terhadap manusia durjana ini.
“Kita tengok Peguam Negara yang baharu ambil tindakan atau tidak. Ambil gambar laporan polis dan muat naik ke media sosial masing-masing.
“Kita mahu lihat ‘Regim Mahathir’ akan bertegas atau tidak,”katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Laman blog http://tukartiub.blogspot.com/2018/06/agong-kuat-berjubo.html yang dikecam itu didapati menghina Yang di-Pertuan Agong dengan kata-kata biadab serta mampu menjatuhkan institusi Raja.