#FaktaBukanAuta #MalaysiaMemilih #JanjiPakatanHarapan #PakatanPHitnah
Najib punya hal tu tak kisahlah… Ada bukti bawa ke mahkamah… Kalau betul salah penjarakan..
Tapi nak tanya kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini..
Nilai ringgit dah jatuh sampai RM4 = 1USD.
Harga sawit dah jatuh dari RM2, 340 satu tan ke RM2247.
KWSP dah rugi lebih RM6 billion.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia dan menyusut dari USD109.5bilion kepada USD107.9bilion, hilang USD1.6bilion
Pasaran saham Bursa Malaysia tiap-tiap hari mata menurun sebab pelabur dah bawak keluar duit berbillion Ringgit.
Projek banyak yang dah sangkut alasan nak berjimat.
Kutipan cukai dah tiada dan menjelang bulan Septembet negara bakal kehilangan sumber pendapat sekitar RM21 billion.
Peluang pekerjaan makin kurang untuk anak muda. 1, 7000 kakitangan awam baru sahaja diberhentikan ( sebelum PRU DS Najib janji 40,000 peluang pekerjaan – sekarang dah hangus)
Peluang menunaikan ibadah Haji untuk 1200 jemaah pun sudah dibatalkan.
Harga barang tak pernah turun kecuali tomato, sekarang minta derma pulak.
Ehh banyak lagilah kalau nak sembang.
Isunya tak kan Perdana Menteri atau Puak Pakatan nak sembang pasal Najib 24 jam.
Bila nak bekerja majukan negara?
Asyik dengan cerita-cerita kitar semula sahaja.
Altantunya lah, Teoh Beng Hock lah, 1MDB lah, RM2.6bilion, beg tangan Rosmah, hutang RM1 trillion yg tak tau kesahihannya lah.. dan lain-lain lagi…
Tak kan kita nak sembang pasal Najib memanjang untuk 5 tahun ni. Kalau Najib masuk penjara sekalipun tak kan harga saham boleh naik atau harga barang boleh turun.
Malaysia ni sejak merdeka sampai sekarang hanya pasal Najib saja ka??
Come on lahhhh… letih lesu dah dengar ulang tayang benda yg sama. Walk your talk.
Kalau setakat nak meminjam duit orang, baru nak dikatakan bekerja, aaiihhh payah lah macan ni.
Negara perlukan pelaburan jangka panjang bukan hutang jangka panjang….???..
Tak kan sampai nak bankrapkan negara baru nak mula kerja.
Kabinet pun tak siap-siap lagi…
Alahaiii kerajaan Pakatan Harapan ?????
https://pakdin.my/tag/ekonomi
https://pakdin.my/tag/najib-razak