#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menyindir pengguna media sosial yang mengkritik beliau dengan menyifatkan mereka sebagai ‘macai’.
Sindiran bekas Ahli Parlimen Pandan itu susulan tindakannya yang menegur keputusan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah dianggap sebagai cubaan menggulingkan kepemimpinan kerajaan semasa.
“Kalau saya terus sebut di luar, banyak macai maya Pakatan Harapan hentam kata saya tak sedar Pakatan Harapan sudah jadi kerajaan.
“Nanti katanya saya nak guling Pakatan Harapan. Ha ha ha (ketawa),” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.
Terdahulu, beliau diminta oleh beberapa netizen supaya mengulas mengenai kenaikan tarif elektrik bagi sektor komersial yang berkuat kuasa hari ini.
Dalam status yang sama, Rafizi memberitahu, terdapat beberapa netizen yang mempertikaikan kenapa beliau yang perlu membuat penelitian tersebut dan bukan pembangkang.
“Kepada yang tanya kenapa lebih baik pembangkang (Barisan Nasional dan Pas) buat analisis dan bawa isu, sebabnya kalau saya, proses lebih panjang.
“Nak hantar kepada menteri, tunggu mesyuarat dan lain-lain,” katanya.