#Mahafiraun #Mahazalim #FreeNajib #PrayForNajib #RuleOfLawRimba
Pasukan petugas menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memerintahkan penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese.
Menurut beliau, arahan untuk menahan Najib hanya boleh dikeluarkan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.
“Pasukan petugas khas juga tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan sama ada Najib akan didakwa dan / atau bila dia akan didakwa,” kata Varughese dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa (3 Julai).
Kenyataan Varughese berikutan kenyataan akhbar dikeluarkan oleh pasukan petugas 1MDB, yang mengesahkan penangkapan Najib jam 2.35 petang di rumahnya di Jalan Langgak Duta.
Varughese, menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan petugas 1MDB, mempersoalkan adakah pasukan petugas diberi kuasa secara sah untuk memerintahkan penahanan Najib.
“Dan, adakah pasukan petugas khas yang diberi kuasa secara sah untuk mendakwa Najib?” soal Varughese.
Menurut pasukan petugas khas 1MDB, Najib akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan pada pukul 8.30 pagi Rabu (4 Julai).
Walau bagaimanapun, pasukan petugas khas itu tidak menjelaskan secara terperinci tuduhan yang akan dikenakan terhadap Najib.
Sumber memberitahu bahawa Najib akan dituduh melakukan pecah amanah dan kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Pengarah Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador, bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull serta bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Pasukan petugas ditubuhkan pada 21 Mei untuk menyiasat 1MDB dan mendapatkan asetnya dari luar negara.
https://pakdin.my/tag/1MDB
https://pakdin.my/tag/src-international
https://pakdin.my/tag/dana-politik