#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi
Isu pembekuan akaun bank cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru berusia 10 bulan terus hangat diperkatakan di media sosial apabila netizen tampil menyanggah kenyataan SPRM yang sebelum ini menafikan bertindak demikian.
“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan kepada media seperti dilaporkan Sinar Online semalam.
Bertindak balas atas penafian SPRM itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Nor Adam tampil mendedahkan lampiran surat arahan berkaitan pembekuan tersebut.
Lokman Nor Adam berkata surat tersebut membuktikan Akaun Junior Saver milik cucu Najib yang bernama Adam Razak yang didaftarkan atas nama ibunya, Nooryana Najwa Bt Mohd Najib menggunakan nombor akaun 7069275734 telah dibekukan memang betul-betul berlaku.
Isu pembekuan akaun bank cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru berusia 10 bulan terus hangat diperkatakan di media sosial apabila netizen tampil menyanggah kenyataan SPRM yang sebelum ini menafikan bertindak demikian.
“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan kepada media seperti dilaporkan Berita Harian semalam.
Bertindak balas atas penafian SPRM itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Nor Adam tampil mendedahkan lampiran surat arahan berkaitan pembekuan tersebut.
Lokman Nor Adam berkata surat tersebut membuktikan Akaun Junior Saver milik cucu Najib yang bernama Adam Razak yang didaftarkan atas nama ibunya, Nooryana Najwa Bt Mohd Najib menggunakan nombor akaun 7069275734 telah dibekukan memang betul-betul berlaku.
Semakan di laman web CIMB mengesahkan kewujudan akaun jenis Junior Saver dengan pendaftaran minima RM100 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan mendaftarkan nama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak.
Sementara itu tinjauan SuaraTV di media sosial berhubung isu ini menyaksikan ramai netizen mempertikaikan kewibawaan pihak yang bertanggungjawab membekukan akaun berkenaan kerana tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu.
“Betul asal setengah org x leh fham..bxxxxnya sprm skrg nk tukar topik pulak x beku konon..pasti lah nama ibunya.. akaun bersama utk kanak2 d bwah umur,” kata Uji Ismail.
“Kantoi ka SPRM…. Ha ha ha.. Motif balas dendam ka… Kena penyakit kat keluarga sendiri baru ada akai,” kata Arrifin Hussin yang turut berkongsi pendedahan tersebut di Facebooknya.
“Betul ker pegawai2 SPRM semuanya terlatih…..sampai procedure bank pun tak tahu camne nak selesai kes2 profil tinggi …..BETUL SPRM NIE….jgn ramai lagi yg akan teraniaya disebabkan ke***** mereka2 nie,” kata Zahid Yusop pula.
Baca seterusnya disini:
https://suara.tv/06/07/2018/netizen-sanggah-penafian-sprm-berhubung-pembekuan-akaun-junior-saver-cimb-cucu-najib/
————————–
‘SPRM nafi beku akaun cucu Najib’
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan akaun bank milik cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dibekukan ekoran siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penafian itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, sekali gus menolak dakwaan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa yang mendakwa akaun peribadi miliknya serta anak lelakinya berusia 10 bulan dibekukan semalam.
“SPRM tidak pernah membekukan akaun milik cucu Najib,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nooryana memuat naik luahan mengenai pembekuan akaun miliknya dan anaknya itu hari ini menerusi posting sosial Facebook bernama Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).
Selanjutnya disini:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/445644/sprm-nafi-beku-akaun-cucu-najib
Rujukan:
https://pakdin.my/akaun-bank-cucu-ds-najib-berumur-10-bulan-dibekukan-kerajaan-tomato/