#FaktaBukanAuta #KERAjaanTomato #PakatanHipokrit
Sebelum PRU dulu ramai orang Melayu yang kata jangan risau dengan DAP. Setakat 40 kerusi apa mereka boleh buat? Nak ubah perlembagaan kena ada majoriti 2/3.
Sekarang ini kita lihat dengan mata kepala kita sendiri beberapa contoh bagaimana mereka mula mengorak langkah.
Dong Zong mendesak kerajaan mengiktiraf UEC dan negeri Melaka telah pun akur dengan desakan tersebut.
Institusi Raja telah diserang oleh A. Kadir Jasin.
Sistem pendidikan Tahfiz telah diserang dan di minta dihapuskan oleh Zainuddin Maidin.
Seramai 3000 lebih guru-guru Al-Quran telah ditamatkan kontrak dengan serta merta.
A. Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin adalah orang kuat Mahathir, seperti yang dimaklumi, parti Tun M hanya ada 13 kerusi berbanding dengan DAP yang mempunyai 42 kerusi. Sebenarnya Melayu-Melayu durjana ini sedang dipergunakan oleh DAP dan mereka terpaksa akur demi mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Jadi, DAP adalah kingmaker yang sebenarnya. Sekira mereka tarik diri, maka runtuhlah kerajaan PH. Mereka tidak perlu pun kepada majoriti 2/3 ataupun mengubah perlembagaan untuk mencapai cita-cita mereka. Mereka hanya perlu kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang kemaruk kuasa untuk menjadi barua mereka.
Saya berharap orang Melayu insaf tentang ini dan jangan lagi memberi satu undi pun kepada puak-puak ini di masa akan datang.
………………………
https://pakdin.my/tag/melayu