#FaktaBukanAuta #KERAjaanTomato #MenteriTomato #PenipuanPakatanHarapan
Diplomat berpengaruh Singapura, Bilahari Kausikan pun meluat dengan jawapan Azmin di Dewan Rakyat mengenai HSR sehinggakan beliau memberikan komen yang pedas terhadap Malaysia mengenai projek keretapi laju (HSR)KL-Singapore.
Salah seorang diplomat Singapura yang paling berpengaruh telah menyuarakan kebimbangan terhadap kerajaan Malaysia mengenai masa depan projek keretapi laju (HSR) yang menghubungkan kedua-dua negara, walaupun pengumuman Putrajaya pada akhir Mei bahawa mereka akan membatalkannya.
Bilahari Kausikan, yang baru-baru ini menjadi duta besar Singapura yang menasihati Kementerian Luar Negeri, berkata Malaysia harus menjelaskan keputusannya mengenai projek itu.
“I am sorry to be crude, but either s*** or get off the pot,” katanya dalam satu posting Facebook pendek, menjawab kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat hari ini bahawa Putrajaya akan meneruskan Projek HSR 350km.
Kausikan, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sering diminta pandangannya mengenai dasar luar negara.
Rejim Pakatan Harapan menuduh pentadbiran sebelumnya menyembunyikan kos sebenar projek HSR, dengan mengatakan ia akan menelan belanja Malaysia lebih RM110 bilion, dan bukan antara RM55 bilion dan RM74 bilion seperti yang didakwa oleh Barisan Nasional.
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mempertikaikan angka baru tersebut, dengan mengatakan jumlah itu tidak akan diketahui sehingga tender ditutup pada bulan Disember.
Singapura berkata ia akan menuntut pampasan jika Malaysia membatalkan projek tersebut, dengan mengatakan mereka dijangka menanggung kos sejumlah S$ 300 juta (RM889 juta) menjelang akhir tahun ini.
Azmin dijangka bertemu dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan pada akhir bulan ini.
…………….
Sumber: https://web.facebook.com/bilahari.kausikan/posts/2148687258722025