#ManifesTomato #BapakPenyamunNegara
Baru saja seminggu berlalu iaitu pada 24 Julai kesemua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional telah melepaskan jawatan mereka dan terkini 5 Ahli Lembaga Pengarah baru telah dilantik. Lantikan ini disahkan berkuatkuasa serta merta oleh Perdana Menteri.
Adakah lantikan ini dilakukan secara tergesa-gesa atau telah berlaku persediaan awal ekoran desakan demi desakan Tun M dan Tun Daim terhadap barisan yang lama?
Tun M dalam kritikan terakhirnya terhadap Lembaga Pengarah Khazanah telah menyindir Khazanah dalam pelaburan projek perumahan dan pengambil alihan entiti perniagaan yang kemudian dijual kembali. Mengikut TunM ianya adalah sesuatu yang lucu dan kononnya lari dari objektif menjaga bumiputera.
Harus diingatkan bahawa ketika Tun M meninggalkan Khazanah pada Mei 2004, nilai harta Khazanah hanya RM 33 billion, NAMUN kini nilainya telah meningkat di era Dato Seri Najib Razak menjadi RM 160 billion.
Letak tepi dulu isu tersebut, mari kita fokuskan kepada isu perlantikan Ahli Lembaga Pengarah nya yang baru.
Mengikut Janji ke 22 Manifesto Pakatan Harapan, kerajaan akan memastikan pelantikan jawatan kepimpinan GLC tidak akan dibuat berdasarkan kaitan politik dan mereka harus datang dari kalangan professional.
Jadi, berlaku perlanggaran akujanji manifesto di sini apabila:
1. Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia (Ahli Parlimen PPBM)
2. DS Azmin Ali adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Ahli Parlimen PKR)
3. Tan Sri Hassan Merican adalah anggota Council of Elders yang dilantik oleh Tun Mahathir sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia.
Jika Menteri tidak boleh memegang 2 portfolio, bagaimana anggota CEP yang dilantik secara rasmi untuk berada dalam entiti “kerajaan dalam kerajaan” boleh berada dalam Khazanah Nasional?
Ketiga-tiga perlantikan ini akan menimbulkan conflict of interest dalam pentadbiran negara.
EMPIRICAL MALAYSIA dengan ini menolak sekeras-kerasnya perlantikan ketiga-tiga individu di atas dalam Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.
AS
#EmpiricalWatch