#FaktaBukanAuta #PerjuanganAgamaBangsa #PendatangTaliBarutPengganas
Ketika 1940an dan 1950an, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap dan zalim terhadap masyarakat kampung di Tanah Melayu. Mereka menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung.
Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk-penduduk kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut.
Perang sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor.
Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh Ulama-ulama ini ternyata menggerunkan pengganas Komunis.
Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung-kampung lagi.
Disamping itu, ketiga-tiga orang tokoh Ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan.
Menurut cerita, banyak maunah (bantuan Allah) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak Komunis dan lain-lain peristiwa di luar logik akal.
Sempena bulan Hari Kemerdekaan, tokoh-tokoh seperti ini juga wajar diingati.
Jasa mereka bukannya kecil untuk dilupakan.
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.