#MacaiPHBodohNakMampos
#MacaiPHuneducated
1MDB bawah pengurusan baru menuntut kapal mewah Equanimity yang berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini.
“1MDB menuntut pemilikan Equanimity kerana mereka percaya wang mereka telah disalah guna dan dibelanjakan untuk membeli kapal itu,” kata peguam Sitpah Selvaratnam.
Tuntutan itu dibuat berdasarkan saman pelucuthakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.
Tun Mahathir juga dalam videonya kelmarin juga telah mengesahkan kapal mewah itu dibeli dari duit yang dicuri dari syarikat 1MDB. Ini lagi mengesahkan kapal mewah ini perlu dipulangkan kepada syarikat 1MDB.
Peguam Jeremy Joseph berkata, pasukan undang-undang 1MDB telah dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili kedua-dua pihak, syarikat pelaburan itu dan Putrajaya.
Kelmarin dilaporkan oleh akhbar, Perdana Menteri Tun Mahathir akan membuat lawatan dan menaiki kapal mewah tersebut dalam masa terdekat.
Oleh kerana peguam 1MDB telah memfailkan tuntutan pemilikan ke atas Equanimity, hasrat Tun Mahathir untuk dapat merasa naik dan meninjau Kapal Mewah ini kemungkinan akan terbantut.
Source: Tun Carlos