Kegagalan Mahathir untuk menarik pelabur dari China dilindungkan dengan membuat hebahan berupa fitnah bahawa Syarikat dari China perlu membuat bayaran tertentu sebanyak 30 pratus kepada Barisan Nasional.
Begitu juga dengan kegagalan Daim Zainuddin juga pulang dari China tanpa membawa apa-apa pelaburan yang membolehkan Malaysia mendapat sebarang projek yang boleh mengutungkan rakyat.
Ini tidak mengambil kira penolakkan Jepun dalam urusan pinjaman Malasyaia dan keputusan China mengenakan larangan sementara mengenai perjanjian baru dan kegagalan 100 hari kerajaan Pakatan Harapan untuk memenuhi janji-janji pilihan raya mereka.
Oleh itu Pakatan Harapan perlu mencipta sesuatu bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kegagalan mereka agar rakyat dapat di lekakan dengan perkara remeh temeh, sesuatu perlu dilakukan agar rakyat tidak memberi tumpuan kepada kegagalan mereka menguruskan negara.
Kegagalan demi kegagalan Mahathir dalam menguruskan negara bersama kerajaan Pakatan Harapan perlu dialihkan melalui perancangan yang jitu agar rakyat tidak bangkit mempertikaikan kewibawaan Perdana Menteri ke 7 ini.
Salah satunya adalah mungkin isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), yang mana dahulunya isu LGBT ini tidak lah sepopular hari ini malah dilihat seperti diperbesarkan dengan penuh tanda tanya.
Kerana isu LGBT ini bukan sahaja menarik minat anak muda malah mereka yang dewasa juga akan turut sama mempertikaikannya, malahan dalam isu soal tandas untuk kumpulan celaru gantina (transgender) juga mendapat perhatian Orang Kelainan Upaya (OKU).
Jika dibandingkan dengan soal kejatuhan nilai ringgit, soal hilang pelaburan dan pekerjaan, soal saman AES, kecuali soal UEC yang hanya melibatkan orang Melayu yang berpendidikan sahaja.
Berbanding dengan isu LGBT, ianya melibatkan bangsa, agama malah kenegaraan sendiri bila mana seperti sedia maklum Malaysia yang berpaksikan Perlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan sangat tidak dapat menerima LGBT ini.
Maka oleh itu kelompok minoriti LGBT terpaksa melakukan aktiviti sosial mereka secara senyap dan tidak terlalu terdedah kepada umum agar ianya tidak menjadi pertikaian, mereka boleh melakukan aktiviti mereka dan rakyat tidak memperdulikan hal mereka.
Namun apabila ianya di gembar gemburkan dan diberi tempat untuk di perkatakan secara umum maka timbulnya isu soal minoriti ini diberi perhatian oleh setiap gulungan lapisan masyarakat tidak kira atenik dan agama yang mereka anuti.
Malah mereka yang sebelum ini tidak dikenali sudah mula mahu menonjolkan diri dan bermegah dengan apa yang menjadi kepercayaan mereka dan mula membentuk komuniti serta mendedahkan diri mereka kepada khalayak ramai.
Perkara sebegini sudah pastinya berpunca dan bukan datang secara suka-suka atau mahu ‘test market’ dikalangan rakyat Malaysia yang Islam adalah agama Persekutuan mereka.
Jika di Barat perkara seumpama ini adalah pemandangan biasa dan tidak menjadi satu kesalahan untuk pasangan sejenis mendirikan rumah tangga yang di terima masyarakat, namun di Malaysia ianya tidak boleh di perakui sebegitu.
Jadi persoalannya ialah mengapa dengan tidak semena-mena isu LGBT ini menjadi tumpuan masyarakat dan diperbesarkan melalui media sosial seperti tidak ada penamatnya.
Mungkin ini adalah jalan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada dapat melihat secara nyata kegagalan Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan seperti mana janji mereka pada Pilihan Raya ke 14 lalu.
Rakyat dilekakan dari bercakap soal kegagalan Pakatan Harapan kepada isu remeh LGBT, sahingga soal tempat kencing puak ‘pondan’ dan ‘penkid’ pun dibicarakan hampir berminggu-minggu.
Sahingga rakyat terlupa dalam tempoh waktu yang sama kerajaan Pakatan Harapan gagal membawa balik pelaburan dari luar negara terutama dari China dan kegagalan ahli parlimen kerajaan menjawab isu berbangkit di Dewan Rakyat dan mereka di permainkan oleh ahli parlimen dari pembangkang.
Jadi sedarlah bahawa isu LGBT adalah isu yang sengaja diadakan untuk mengalihkan perkara kegagalan kerajan Pakatan Harapan.