Ini kelakar. Ketua Pengarah Kastam cuba demo pada hadirin taklimat dengan membuat panggilan ke perkhidmatan pelanggan jabatan sendiri, sekali kena game.
Masuk peti suara, ambil masa seminit ikut langkah yang diberikan, kemudian kena tunggu dan tak ada orang jawab.
Akhirnya dia tamatkan panggilan, kena gelak oleh hadirin. ? ? ?
………
Demonstrasi talian perkhidmatan pelanggan SST undang ketawa
Ketua Pengarah Kastam Datuk T Subromaniam mengundang ketawa ketika taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Johor Bahru semalam selepas cuba mendemonstrasikan talian perkhidmatan pelanggan jabatannya.
Menurut akhbar harian China Press yang melaporkan kejadian itu, Subromaniam sebelum itu cuba menghubungi sendiri talian berkenaan untuk membuktikan kepada hadirin bahawa ia berfungsi setiap hari.
Bagaimanapun, panggilan beliau dijawab oleh peti suara yang memintanya untuk memilih beberapa pilihan sementara hadirin yang mendengar taklimat itu mula tersengih.
Subromaniam dikatakan mengambil masa lebih seminit untuk melepasi semua langkah yang diarahkan peti suara dan selepas itu diminta menunggu.
Hadirin kemudian menghamburkan ketawa dan Subromaniam kemudian menamatkan panggilan.
https://malaysiakini.com/news/441257
………
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/gst