Saman UMNO terhadap Kerajaan PH dan 4 lain untuk pemulangan wang parti berjumlah RM160 Juta yg dirampas tanpa mengikut Criminal Procedure Code walaupun KSJ melalui siaran akhbar berkata jumlahnya RM114 Juta kemudian di sidang akhbar lain menyatakan jumlah dirampas RM116 Juta.
Dimana hilangnya RM43 Juta?. 😁
Polis melalui sidang akhbar dakwa merampas barang-barang exhibit serta wang tunai bernilai RM114 Juta dari beberapa premis kepunyaan DSN, anak-anaknya dan rakan niaga DS Rosmah.
Walau bagaimanapun dalam saman UMNO terhadap Kerajaan PH dan 4 lain termasuk pegawai polis yg melakukan serbuan dan sitaan jumlah wang yg disita/dirampas adalah RM160 Juta.
Di sini berlaku perbezaan kekurangan RM43 Juta antara amaun polis dgn amaun saman UMNO.
Bagi pandangan saya pematuhan atau compliance or adherence kepada undang-undang Criminal Procedure Code (CPC) dan Standard Operating Procedures (SOP) yg dikeluarkan oleh KPN berkaitan urusan bongkar dan sita barang exhibit hendaklah dipatuhi terlebih dahulu supaya tindakan polis itu tidak dipersoalkan oleh rakyat awam.
Selepas mendapat Waran Menggeledah (Search Warrant) dari Majistret, polis hendaklah pastikan premis yg hendak digeledah itu berpenghuni dan penggeledahan itu hendaklah disaksikan oleh penghuni/penghuni-penghuni.
*Nota: Bagi kes yg mengancam keselamatan negara atau orang awam, Waran Gelidah tidak perlu, cuma pasukan polis yg diketuai oleh ASP ke atas dibenar lakukannya.
Sekiranya ada rampasan barang, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:-
i. Senaraikan barang exhibit yang dirampas dalam Borang Bongkar (dalam 2 salinan) dan ditandatangani oleh pegawai polis yg mengetuai rampasan/sitaan dan penghuni premis di mana sitaan barang exhibit dibuat.
ii. Barang exhibit yang bernilai tinggi atau wang tunai yang disita selepas diambil gambar lokasi dalam premis hendaklah dibungkus, ditandakan, dimeterai dan diambil gambarnya supaya tidak menjadi pertelingkahan undang2 kemudian hari.
iii. Berikan satu salinan senarai barang exhibit yang dirampas kepada penghuni premis dan ditandatanganinya sebagai pengesahan.
Andainya sitaan barang atau wang tunai dibuat di premis yg dipecah masuk tanpa penghuni, saya tak mampu jawab, hanya polis yg mengetuai serbuan saja boleh jawabnya di mahkamah. 😁
……………