Telah viral surat perlantikan Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada anak kepada Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir di media sosial.
Surat perlantikan yang bertarikh 20 September 2018 itu telah ditandatangani sendiri oleh Tun Mahathir.
Mahathir juga percaya bahawa anaknya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Pulau Langkawi.
Menurut sumber Mukhriz dikatakan amat terharu dan menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk melantik beliau sekaligus menyandang dua jawatan penting di negeri Kedah.
Setelah tularnya surat ini di media sosial dan group whatsapp ia mengundang tanggapan negatif terhadap perlantikan ini dikala rakyat disuruh untuk bekorban dan membantu bayar hutang negara.
Rakyat diminta berlaku adil kerana perlantikan Mukhriz ini adalah hanya kebetulan kerana beliau adalah Menteri Besar Kedah dan bapanya adalah Perdana Menteri.