Bergetar tangan menahan marah sipolan itu kerana sudahlah PRU lepas menggunakan logo partinya untuk tawan Putrajaya.
Dijanjikan jawatan PM-8 sekiranya berjaya tawan Putrajaya. Anwar sudah terjerat buat kali ke-2 dengan Mahathir.
DAP pula sedang berfikir, ingin mengiyakan atau menidakkan situasi getir ini.
Kalau kerusi Melayu lebih ramai. Maka segala cita-cita untuk mengawal selia keseluruhan aset orang Melayu tidak dapat dilaksanakan.
Kita akan lihat fasa yang meruncing Januari ini.
……….
Putrajaya cadang gubal undang-undang halang wakil rakyat lompat parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong tidak menolak kemungkinan satu peruntukan undang-undang boleh digubal bagi menghalang wakil rakyat lompat dari parti asalnya, susulan penghijrahan beramai-ramai pemimpin Umno pada masa ini.
Liew bagaimanapun berkata, pihaknya perlu mendapatkan pandangan pihak berkaitan memandangkan ia akan menimbulkan konflik dari aspek hak kebebasan individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Mungkin sesuatu undang-undang boleh digubal di mana apabila seseorang wakil rakyat memutuskan untuk meninggalkan parti asalnya, maka secara automatik dia (wakil rakyat berkenaan) akan hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat.
……
https://pakdin.my/tag/lompat-parti
Sumber: Pakatan Hancing