Sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 10% + 6% berbeza dengan sistem GST 6% di mana kenaikan harga barang adalah tersembunyi dari pengguna akhir dan bermula dari pengilang dan pengimport.
Peruncit dan pengedar biasanya memiliki stok lama yang belum terkesan oleh cukai SST. Tidak lama lagi, stok lama akan kehabisan dan diganti dengan stok baru yang dikenakan SST ditambah pula dengan kesan kejatuhan nilai Ringgit selepas PRU14.
Oleh itu, kesan kenaikan harga akan mengambil sedikit masa untuk sampai ke tangan pengguna.
Peniaga kecil adalah antara golongan pertama yang akan menerima kesan kenaikan harga barang.
Pada masa ini pun, mereka sudah mengeluh dan mengadu bahawa kos-kos perniagaan meningkat dengan mendadak.
Ada seorang peniaga kecil yang mengadu bahawa harga sardin, harga tisu, harga ikan, harga mi, harga pembungkus makanan semua naik lebih dari 15% baru-baru ini.
Dijangka akan ada lebih banyak kenaikkan harga barang untuk bulan-bulan yang akan datang.
Contoh yang diberikan ialah harga tisu naik 50% dari RM12 sepaket ke RM17.90. Harga pembungkus makanan pula naik 21%. Apabila harga yang diterima naik, sudah tentu pengguna akhir akan turut terima kesannya.
Ramai juga mengadu bahawa harga telur semakin naik setiap miggu. (dengar khabar, kerajaan PH sudah mulakan kajian mengapa harga telur naik. Ini serius.)
Tiada sesiapa boleh nafi bahawa kos sara hidup tetap naik selepas GST dimansuh dan diganti dengan SST.
Maka terbuktilah kenyataan Tony Pua bahawa cukai SST boleh menurunkan harga barang ialah kenyataan menipu dan janji manifesto PH untuk mengurangkan kos sara hidup hanyalah satu dongeng.
Media turut melaporkan bahawa masyarakat di peringkat akar umbi sedang bimbang dengan kenaikan harga untuk pelbagai barang keperluan harian.
Jika dulu ada bantuan kerajaan serta BR1M yang semakin bertambah setiap tahun bagi membantu menangani kos sara hidup yang naik, kini bantuan ini semakin berkurang ataupun telah dimansuhkan.