Tok Mat memangku tugas Presiden UMNO.
Bukan mudah DS Ahmad Zahid hendak mengambil keputusan tersebut. Saya percaya beliau berbuat demikian kerana tidak mahu parti berpecah-belah kerananya.
Bertabahlah Dato Seri Ahmad Zahid. In sha Allah kebenaran akan muncul nanti. Percayalah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Yang mengkritik Zahid harap tidak pula membelasah Tok Mat atas alasan yang sama. Kita tunggu juga macam mana perangai KJ selepas ini. Selepas menikam Ahmad Zahid, apakah Tok Mat akan menghadapi perkara yang sama.
Diharapkan Ahmad Zahid kekal sebagai Ketua Pembangkang kerana ia jawatan yang dipersetujui oleh ahli parlimen pembangkang bukan oleh parti.
Jika mahu lepaskan Ketua Pembangkang berilah kepada Dato Ahmad Maslan yang nampak bersemangat melawan dan berilmu berbanding “Rembau Most Wanted”
😂
https://youtu.be/lN8bd2qKDgM
https://pakdin.my/tag/zahid-hamidi
Oleh: Ab Jalil Backer