Tun Dr Mahathir menyatakan “Seseorang telah mengubah kurikulum sekolah dan sekarang sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.
“Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain dan keputusannya lepasan pelajar tidak berapa pandai matapelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan,”
Saya tidak nampak di mana kebenaran pandangan Tun Mahathir ini. Sama ada beliau mendapat maklumat yang salah atau beliau masih terperangkap dalam pergaduhan Mahathir-Anwar 20 tahun lalu.
Sesiapa mengikuti ucapan dan pandangan Tun Mahathir pasti sedar bahawa ini adalah pandangan yang sama beliau ucapkan berdekad lalu ketika menyindir Anwar Ibrahim.
Amat berbahaya kepada negara untuk terus membenarkan seseorang yang “delusional” menjadi pemimpin utama negara. Lebih merbahaya beliau dikelilingi oleh pentaksub-pentaksub yang cuba menjustifikasikan idea-idea mengarut beliau.
Oleh: Ab Jalil Backer
…………
‘Sekolah kebangsaan telah berubah jadi sekolah agama’ -Tun Dr Mahathir
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-kebangsaan-telah-berubah-jadi-sekolah-agama-tun-dr-mahathir-194183
‘Mungkin seminggu sekali’, Mahathir mahu jadual belajar agama dirombak – lebihkan masa belajar bahasa Inggeris
https://pakdin.my/mungkin-seminggu-sekali-mahathir-mahu-jadual-belajar-agama-dirombak-lebihkan-masa-belajar-bahasa-inggeris/