“Kami akan menukar jadual waktu di sekolah. Kita akan belajar agama tetapi bukan dalam semua waktu dalam sehari. Mungkin seminggu sekali tetapi kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain,” katanya.
Yahudi pun belajar bahasa arab untuk mengkaji Al Quran dan mendapatkan ilmu dari firmah Allah.
#Mahafiraun sahaja yang melebihkan Bahasa Inggeris, mengurangkan masa belajar agama dan secara perlahan mahu menghapuskan mata pelajaran agama di sekolah.
Tambah lah masa untuk belajar bahasa Inggeris tetapi kenapa nak dikurangkan masa untuk matapelajaran Agama. Mata pelajaran agama mendidik insan.
Sekolah berkaitan agama Islam tidak dibantu sepenuhnya.
Mahathir yang septutnya dihujung usia lebihkan mendalami agama Islam atau apa sahaja agama yang dia pilih.
…………..
‘Mungkin seminggu sekali’, Mahathir mahu jadual belajar agama dirombak
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan.
“Saya ingin mengingatkan setiap orang, Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang England sahaja tetapi adalah suatu bahasa universal. Bahasa ilmu. Untuk mendapat ilmu, anda mesti tahu Bahasa Inggeris.
Dalam mempelajari sains dan perubatan, kita perlu memahami Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) 2018 di sini malam tadi.
Beliau berkata kurikulum di sekolah juga perlu menitikberatkan penguasaan subjek yang boleh melahirkan graduan berkualiti dan tidak tertumpu pada subjek keagamaan sahaja.
“Kerajaan akan menyemak semula kurikulum sekolah. Seseorang menukar sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, belajar agama Islam dan tidak belajar perkara lain.
“Natijahnya, rakyat tidak benar-benar mengetahui mata pelajaran yang akan memberikan mereka pekerjaan.
“Kami akan menukar jadual waktu di sekolah. Kita akan belajar agama tetapi bukan dalam semua waktu dalam sehari. Mungkin seminggu sekali tetapi kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain,” katanya.