Saya terbaca banyak komen hari ini yang masih menuduh harga RON95 tidak pernah turun di bawah RM2.00 satu liter semasa kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri.
Faktanya ialah ada tempoh selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun yang harga RON95 ini di bawah RM2.00 satu liter termasuk untuk beberapa bulan di tahun 2015 dan 2016 di mana harga RON95 ialah RM1.60 sehingga RM1.70.
Malah, RON95 ini diwujudkan semasa saya mula menjawat sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2008 untuk menggantikan RON92 supaya rakyat boleh menikmati minyak yang lebih bermutu dengan harga yang sama.
Mungkin ada kebenaran juga yang Melayu (atau Malaysia) mudah lupa?
Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155810885085952&id=157851205951
…….
Lihat komen disini:
Saya terbaca komen dan perkongsian di media sosial yang masih menuduh kerajaan BN di bawah saya tidak pernah menurunkan harga petrol semasa harga minyak dunia rendah.
Nampaknya mereka masih cuba mempertahankan Menteri Kewangan PH.
Harga bulan ini.
RON95 – RM2.20
RON97 – RM2.50
Diesel – RM2.28
Sebagai satu contoh, berikut adalah harga petrol pada Mac 2016.
RON95 – RM1.60 (60 sen lebih murah)
RON97 – RM1.95 (55 sen lebih murah)
Diesel – RM1.35 (93 sen lebih murah)
Hanya dua tahun dahulu, adakah mereka yang menuduh saya ini sudah lupa ataupun sengaja nak teruskan fitnah ke atas saya? Mungkin sudah lupa akan dosa pahala agaknya.
Nasib baik, internet tak pernah lupa.