1) Penubuhan “Malaysia Baru” dimulakan dengan fitnah yang keji, cacian dan makian terhadap Seri Paduka Baginda kononnya berkomplot dengan parti pemerintah lama bagi menghalang Mahathir mengangkat sumpah Perdana Menteri sedangkan Baginda sedang menunaikan solat Isyak berjemaah.
2) Penubuhan “Tabung Harapan” konon bagi membayar hutang negara, dihiasi dengan
kebiadaban Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan mengapi-apikan tentang perbelanjaan yang telah diluluskan kerajaan terdahulu terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Baginda memotong 10% dari emolumen perbelanjaan bagi disalurkan ke Tabung Harapan.
3) Seri Paduka Baginda membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Diraja dan mengarahkan perbelanjaan tersebut disalurkan ke Tabung Harapan, sedangkan Perdana Menteri dan juga Timbalannya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Mega secara bermegah-megah.
4) Seri Paduka Baginda tidak berkenaan menganugerahkan sebarang pingat kebesaran di Hari Keputeraan Baginda.
5) Majis Istiadat Hari Keputeraan Rasmi Baginda dibatalkan oleh titah Baginda sendiri.
6) Seri Paduka Baginda tidak berkenan mencemar duli ke majlis rasmi yang disusun oleh kerajaan pimpinan Mahathir dengan membatalkan Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Baginda.
7) Penasihat Khas kepada Memanda Perdana Menteri sekali lagi mengapi-apikan dengan bercerita bahawa Raja-Raja Melayu menghalang pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri susulan pendedahan bongkak Timbalan Perdana Menteri bahawa dia ditawarkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
8) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sekali lagi dikeji, dihina, dan dikutuk, hanya kerana tersebar gambar Baginda melangsungkan perkahwinan dengan suri pilihan hati Baginda.
9) Pertama kali berlaku dalam sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong MELETAK JAWATAN.
Segalanya ini tak termasuk lagi dengan pengakuan oleh Perdana Menteri sendiri bahawa kerajaan tidak akan mengembalikan kuasa perkenan sesuatu Akta bagi diluluskan kepada Yang di-Pertuan Agong sedangkan sebelum PRU 14, Perdana Menteri sendiri kononnya akui bahawa kesal kerana memansuhkan peruntukan Perlembagaan berkenaan sehingga menyebabkan kerajaan terlalu berkuasa. Anwar Ibrahim sendiri pernah mencabar di mahkamah sewaktu ditahan di penjara bahawa peruntukan sesuatu Akta akan diluluskan secara automatik dalam tempoh 30 hari dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah bertentangan dengan Perlembagaan bagi menghalang Akta Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan kerajaan terdahulu.
Bagaimana biadapnya Kabinet Kerajaan menggantung pelaksanaan Akta Hasutan yang menjamin keharmonian dalam negara sehingga Raja-Raja Melayu dihina secara terbuka oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan separuh dari peruntukan dalam Akta Hasutan adalah bagi memelihara Raja-Raja Melayu.
Kerajaan secara biadapnya melalui Menteri Undang-undang mewar-warkan bahawa akan memansuhkan segala hukuman mati yang ada dan perkara ini termasuklah bagi kesalahan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Segala komen dari yang namanya bangsa Melayu yang pernah mencela, mewujudkan ketidak-puasan hati terhadap Baginda Raja, termasuk dalam kalangan keluarga, sahabat, guru-guru dan sebagainya sampai sekarang aku simpan dalam ingatan.
Celupar terhadap Ulamak kerana taksub berpihak masih ada yang sudi berhujah dengan matang dan sejahtera.
Celupar terhadap Raja, selamanya aku ingat sebagai pengkhianat bangsa.
Ampun Tuanku Paduka Baginda,
Pacal yang hina tiada upaya,
Si kitol durjana dibangkit semula,
Menyembah derhaka Duli Yang Maha Mulia.
Sembah ampun patik pohonkan
Bangsa menumpang kian bangsat
Biadap tercela bangsa bertuan
Agama diketepi fitnah dijangkat.
Keberangkatan pulang Duli Tuanku,
Meruntun jiwa hamba rakyat,
Di serambi Mekah bersemayamlah Rajaku,
Persekutuan itu mengemis daulat.
Titah Tuanku sekalian hamba rakyat junjung.
Taat setia patik hanya kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negara.
Semoga Allah sentiasa pelihara Sultan kami.
Patik sentiasa bersama Tuan patik.
DIRGAHAYU RAJAKU. DAULAT TUANKU. 🙏
Oleh: Muhd Hafizuddin
……..
Rujukan:
Sultan Muhammad V letak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15
https://pakdin.my/sultan-muhammad-v-letak-jawatan-sebagai-yang-di-pertuan-agong-ke-15/
Berita dari Istana Negara: Mahathir terdesak, cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong
https://pakdin.my/berita-dari-istana-negara-mahathir-terdesak-cuba-halang-sultan-johor-ditabal-sebagai-yang-dipertuan-agong/
Kempen memburukkan Raja-Raja sudah bermula
https://pakdin.my/kempen-memburukkan-raja-raja-sudah-bermula/

Baru” YANG TERCELA.
1 ) Penubuhan “Malaysia Baru” dimulakan dengan fitnah yang keji, cacian dan makian terhadap Seri Paduka Baginda kononnya berkomplot dengan parti pemerintah lama bagi menghalang Mahathir mengangkat sumpah Perdana Menteri sedangkan Baginda sedang menunaikan solat Isyak berjemaah.
2 ) Penubuhan “Tabung Harapan” konon bagi membayar hutang negara, dihiasi dengan
kebiadaban Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan mengapi-apikan tentang perbelanjaan yang telah diluluskan kerajaan terdahulu terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Baginda memotong 10% dari emolumen perbelanjaan bagi disalurkan ke Tabung Harapan.
3 ) Seri Paduka Baginda membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Diraja dan mengarahkan perbelanjaan tersebut disalurkan ke Tabung Harapan, sedangkan Perdana Menteri dan juga Timbalannya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Mega secara bermegah-megah.
4 ) Seri Paduka Baginda tidak berkenaan menganugerahkan sebarang pingat kebesaran di Hari Keputeraan Baginda.
5 ) Majis Istiadat Hari Keputeraan Rasmi Baginda dibatalkan oleh titah Baginda sendiri.
6 ) Seri Paduka Baginda tidak berkenan mencemar duli ke majlis rasmi yang disusun oleh kerajaan pimpinan Mahathir dengan membatalkan Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Baginda.
7 ) Penasihat Khas kepada Memanda Perdana Menteri sekali lagi mengapi-apikan dengan bercerita bahawa Raja-Raja Melayu menghalang pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri susulan pendedahan bongkak Timbalan Perdana Menteri bahawa dia ditawarkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
8 ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sekali lagi dikeji, dihina, dan dikutuk, hanya kerana tersebar gambar Baginda melangsungkan perkahwinan dengan suri pilihan hati Baginda.
9 ) Pertama kali berlaku dalam sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong MELETAK JAWATAN.
Segalanya ini tak termasuk lagi dengan pengakuan oleh Perdana Menteri sendiri bahawa kerajaan tidak akan mengembalikan kuasa perkenan sesuatu Akta bagi diluluskan kepada Yang di-Pertuan Agong sedangkan sebelum PRU 14, Perdana Menteri sendiri kononnya akui bahawa kesal kerana memansuhkan peruntukan Perlembagaan berkenaan sehingga menyebabkan kerajaan terlalu berkuasa. Anwar Ibrahim sendiri pernah mencabar di mahkamah sewaktu ditahan di penjara bahawa peruntukan sesuatu Akta akan diluluskan secara automatik dalam tempoh 30 hari dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah bertentangan dengan Perlembagaan bagi menghalang Akta Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan kerajaan terdahulu.
Bagaimana biadapnya Kabinet Kerajaan menggantung pelaksanaan Akta Hasutan yang menjamin keharmonian dalam negara sehingga Raja-Raja Melayu dihina secara terbuka oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan separuh dari peruntukan dalam Akta Hasutan adalah bagi memelihara Raja-Raja Melayu.
Kerajaan secara biadapnya melalui Menteri Undang-undang mewar-warkan bahawa akan memansuhkan segala hukuman mati yang ada dan perkara ini termasuklah bagi kesalahan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Segala komen dari yang namanya bangsa Melayu yang pernah mencela, mewujudkan ketidak-puasan hati terhadap Baginda Raja, termasuk dalam kalangan keluarga, sahabat, guru-guru dan sebagainya sampai sekarang aku simpan dalam ingatan.
Celupar terhadap Ulamak kerana taksub berpihak masih ada yang sudi berhujah dengan matang dan sejahtera.
Celupar terhadap Raja, selamanya aku ingat sebagai pengkhianat bangsa.
Ampun Tuanku Paduka Baginda,
Pacal yang hina tiada upaya,
Si kitol durjana dibangkit semula,
Menyembah derhaka Duli Yang Maha Mulia.
Sembah ampun patik pohonkan
Bangsa menumpang kian bangsat
Biadap tercela bangsa bertuan
Agama diketepi fitnah dijangkat.
Keberangkatan pulang Duli Tuanku,
Meruntun jiwa hamba rakyat,
Di serambi Mekah bersemayamlah Rajaku,
Persekutuan itu mengemis daulat.
Titah Tuanku sekalian hamba rakyat junjung.
Taat setia patik hanya kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negara.
Semoga Allah sentiasa pelihara Sultan kami.
Patik sentiasa bersama Tuan patik.
DIRGAHAYU RAJAKU. DAULAT TUANKU. 🙏
Oleh: Muhd Hafizuddin
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1931716490282071&id=100003312161519