KENYATAAN AKHBAR PEMUDA UMNO CAMERON HIGHLAND
Hari ini ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib beserta keluarga besar Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan rakyat Malaysia diminta untuk bersabar menantikan keputusan inkues siasatan kematian anggota bomba tersebut. Telah hampir dua (2) bulan tragedi hitam buat negara ini berlaku dan sehingga kini juga kes tersebut masih menjadi tanda tanya banyak pihak.
Pergerakan Pemuda UMNO Cameron Highland (PPUCH) turut merasai kesedihan keluarga arwah, bahkan ahli-ahli UMNO seluruh negara turut berdukacita dan berharap keputusan inkues yang bakal diumumkan menyebelahi Allahyarham anggota bomba Muhammad Adib.
Begitu pun hal yang terjadi ini, masih tidak kelihatan kelibat pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan memperjuangkan nasib Muhammad Adib. Malahan tiada langsung kenyataan susulan dibuat di mana-mana dada akhbar dan ruangan media sosial.
Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen 078 Cameron Highlands, PH sekali lagi melafazkan janji untuk memberi khidmat bakti dan menawarkan jaminan masa depan yang lebih baik buat penduduk di sini. Janji pada Pilihanraya Umum 14 (PRU14) yang lepas pun dimungkiri, apatah lagi janji yang baru direka-reka ini.
*Nasib seorang warganegara Malaysia, Muhammad Adib pun PH tak mampu nak bela, inikan pula nasib lebih 32,000 pengundi berdaftar di sini.*
Bagaimanapun, rakyat akan menjadi penentu, siapakah yang lebih layak mewakili suara rakyat di sini. PPUCH yakin bahawa penduduk di Cameron Highlands pandai menilai dan telah mengambil tauladan atas pelbagai kepincangan yang terjadi ketika PH sedang memerintah kini.
17 Januari 2019
Wan Mohamad Azam Wan Rosdy
KETUA PEMUDA BAHAGIAN
UMNO CAMERON HIGHLAND
#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan
Lagi berita dari PRK Cameron Highlands:
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands