Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berubah dalam memimpin dan mentadbir negara demi memastikan kehidupan serta kebajikan rakyat terus dijaga.
Perkara ini termasuk dasar kerajaan masa kini yang disifatkan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tidak jelas dan tidak konsisten.
“Sekarang ini adalah masa untuk mereka (PH) memimpin dan mentadbir negara. Mahu tunggu berapa lama lagi (memimpin)?
“Oleh itu, kita dalam Barisan Nasional (BN) mesti bersungguh-sungguh pastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands,” katanya ketika ditemui media dalam sesi mesra bersama penduduk Brinchang, hari ini.
Berita PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands