Ada orang kata kritikan Dr Asyraf Wajidi atas perlantikan ahli DAP sebagai lembaga pengarah YADIM adalah bersifat perkauman.
Orang hanya boleh dituduh bersifat perkauman jika beliau menindas kaum lain dan mementingkan kaum sendiri sahaja.
Dalam konteks ini yang membantah, Asyraf Wajidi, adalah Melayu. Yang beliau bantah pun Melayu. Jadi di mana pula premis bantahan tersebut bersifat perkauman?
DAP sendiri berkata mereka bukan parti kaum tertentu.
Dakwaan Pemuda UMNO bersikap perkauman dalam hal ini membuktikan bahawa DAP masih dilihat sebagai sebuah parti kaum Cina.
Ini bukan soal kaum tapi soal orang Islam tidak percaya DAP.
Oleh: Ab Jalil Backer
Rujukan:
DAP bakal mencorakkan YADIM?
https://pakdin.my/dap-bakal-mencorakkan-yadim/