Berikut adalah ulasan dari pensyarah undang-undang terkemuka, Dr Shamser Singh Thind berkaitan penarikan saman antara Hadi Awang dan Sarawak Report:
Kalau Hadi Awang tarik balik tuntutan gantirugi kerana fitnah, Clare Brown juga tarik balik tuntutan balas iaitu gantirugi serangan (harassment). Tapi ini tidak bermakna dakwaan PAS menerima 90 juta ringgit daripada UMNO itu sudah terbukti.
Ini cuma bermaksud PAS tidak mahu menyaman SR walaupun menganggap ia satu fitnah.
Kalau Clare boleh mendakwa isu fitnah itu satu pembohongan sebab tuntutan Hadi telah ditarik balik, maka isu gangguan juga satu pembohongan sebab tuntutan balas Clare juga telah ditarik balik.
P.S. Mat Sabu telah menggelar Dr M “Bapak Pelingkup Negara”. Sampai hari ini Dr M tak menyaman Mat Sabu. Adakah ini bererti dakwaan Mat Sabu itu betul?
Rujukan: https://pakdin.my/tag/sarawak-report