Hari-hari kena bantai pasal polisi bodoh sampai tak dapat angkat muka, akhirnya penyokong PH keluar gua membelasah Haji Hadi.
Suka hati Haji Hadilah hendak selesai luar mahkamah dari buang duit kepada peguam.
Ramai orang tidak faham dalam saman malu ini mesti ada elemen telah menyebabkan “damage” kepada plaintif.
SR akan berhujah berselindung di sebalik kebebasan media dan laporan mereka tidak menjejaskan Pas.
Dalam kes ini Pas menang lebih besar dalam Pilihan Raya lalu. SR akan berhujah laporan mereka tidak menjejaskan PAS dan Hadi.
Dari perspektif Hadi, Pas sudah menang dua negeri dan hampir dapat Kedah, buat apa buang duit sambung bicara bukan ada faedah apa pun.
Saman malu bukan macam bicara kes bunuh. Hadi tidak perlu buktikan apa-apa. tanggungjawab Sarawak Report bagi bukti Hadi terima RM90 juta.
Jadi jika ada bukti silalah terbitkan tidak perlu tunggu ke mahkamah.😂
Penyokong PH tak perlu sibuk hal Hadi selesai luar mahkamah.
Elok tengok kabinet yang sedang menjahanamkan negara.
Oleh Ab Jalil Backer