Kemenangan di Semenyih tidak bermakna majoriti rakyat telah menyokong asas perjuangan yang kita bawa dalam PRK ini.
Kajian pasca PRK Semenyih perlu dibuat mengapa masih ada hampir 37% Melayu menyokong PH. Jika dilhat kepada keadaan sekarang ia masih satu angka yang besar.
Adakah sokongan Melayu kepada PH ini kerana:
1. Mereka masih tidak menerima isu-isu yang melingkari pentadbiran UMNO yang lepas.
2. Taksub kepada Mahathir dan Anwar Ibrahim.
3. Mereka tidak melihat sebarang masalah dengan kedudukan dan kepentingan Islam dan Melayu dalam pentadbiran PH.
4. Mereka mendapat habuan tertentu dari kerajaan dalam saat akhir.
Jika sesiapa melihat pola pengundian kali ini tidak banyak yang perlu dibanggakan. Kita raikan kemenangan ini demi semangat, namun jangan alpa.
Masih banyak kerja di bawah perlu dibuat bagi memahamkan orang Melayu dan rakyat lain mengenai masalah kerajaan hari ini.
Oleh Ab Jalil Backer