Hari ini, Tabung Amanah negara Norway telah mengumumkan mereka tidak akan melabur di dalam bon dan sukuk Malaysia lagi.
Tabung milik kerajaan Norway ini mempunyai dana mencecah US$1 trilion (RM4.1 trilion) dan merupakan pelabur terbesar di dunia.
Ini adalah pengumuman mengejut kerana mereka sudah berpuluh tahun melabur di sini semasa BN menjadi kerajaan.
Ini bermakna #MalaysiaBaru akan mengalami pengaliran keluar pelaburan asing sebanyak US$1.9 bilion (RM7.8 bilion) dari Tabung Norway ini tidak lama lagi.
Pada anggaran kasar saya, pelaburan asing sebanyak RM55 bilion telah ditarik keluar dari pasaran ekuiti dan pasaran bon Malaysia sejak PH menang PRU14.
Tapi tak apa. Negara masih ada banyak lagi aset negara yang dibina masa BN untuk dilelong oleh PH.
Rujukan:
Norway drops Malaysia, 9 others from fixed income benchmark
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/04/06/malaysia-others-ousted-from-worlds-largest-sovereign-wealth-funds-fixed-income-benchmark/
Facebook Najib Razak