Kabinet mahu menjenamakan semula Program Permata Negara (Permata) kepada “Genius” supaya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi, kata Maszlee Malik.
“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti,” kata menteri pendidikan seperti dilapor Berita Harian.
“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” kata beliau di SMK Desa Cempaka di sini hari ini.
Ia adalah program asuhan dan didikan awal kanak-kanak bawah 4 tahun itu yang menitikberatkan nilai kesatuan dan kehidupan sosial sebagai persediaan untuk persekolahan rasmi.
Program tersebut yang diperkenal pada 2007 adalah cetusan idea dan inisiatif isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.