Adakah tindakan Kerajaan Pakatan Harapan DAP mahu bergaduh pasal Perlembagaan ini boleh memulihkan kelembapan ekonomi, kejatuhan Bursa Malaysia dan ringgit serta menambah peluang pekerjaan?
Cukup-cukuplah guna taktik lama untuk mengalih tumpuan rakyat dari masalah seharian.
Sebelum pilihan raya menjanjikan negara yang aman, makmur dan lebih maju dari pentadbiran BN. Bila menang semua indeks kesejahteraan rakyat jatuh.
Perdana Menteri macam hidup dalam halusinasi bergaduh hal Perlembagaan dengan Istana seperti 80-an dan 90-an.
Ini tahun 2019, cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat.
Oleh Ab Jalil Backer